Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kawasan PKPD Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat

Kawasan PKPD Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat telahpun diumumkan oleh Menteri Kanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Untuk tempoh dua minggu lagi bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021, kita akan dikurung di kawasan penempatan kita. Ia bertujuan memastikan kita semua patuh pada arahan kerajaan. Dengarlah arahan ini, patuhlah arahan ini dan sokonglah arahan ini untuk kebaikan bersama.

Kawasan PKPD terkini boleh dikatakan dilaksana hampir seluruh Selangor dan separuh Kuala Lumpur. Hanya dua minggu, kita patuhi arahan ini supaya wabak Covid-19 ini segera tamat. Memang bukan yang mudah tetapi paksalah diri kita untuk tempoh waktu ini. Seluruh rakyat Malaysia sebenarnya sudah penat dengan perlaksanaan PKP ini. Biarlah dibuat PKP Total Lockdown yang sebenarnya, agar pandemik ini cepat habis dan kita kembali seperti sediakala.

kawasan pkpd selangor kuala lumpur

Baca : Pelancongan Rentas Negeri PKP Dibenarkan

 


Kawasan PKPD Selangor Dan Kuala Lumpur Terkini Lokasi Terlibat

pkpd-selangor-dan-kuala-lumpur copy
 

Mengikut laman web rasmi Kementerian Kesihatan, masih ada 887 kluster aktif Covid-19 sehingga 1 Julai 2021. Satu jumlah yang sangat membimbangkan kerana jika tidak dikawal. Ia boleh mereka menjadi berganda-ganda banyaknya. Jika tiada pengawalan, ia akan merebak lagi jauh dan lagi meluas.

Baca : Pelan Bantuan PEMULIH Kerajaan

Kluster kes Covid-19 seperti yang dijangkiti dari tempat kerja lebih merbahaya kerana ia boleh menjangkiti seseorang dengan lebih meluas. Virus dari tempat kerja, ia ke rumah. Kemudian ia boleh menjangkiti satu keluarga dan kemudian mungkin kominiti setempat. Kalau virus Covid-19 ini tidak dikawal, pasti lebih parah lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai ‘immune system’ (sistem pertahanan badan) yang tidak kuat.

Kawasan PKPD Selangor Dan Kuala Lumpur

Berikut adalah senarai kawasan-kawasan yang terlibat dengan perlaksanaan kawasan PKPD Selangor dan Kuala Lumpur terkini bermula 3 Julai – 16 Julai 2021.

Daerah Petaling – Mukim:
* Petaling
* Damansara
* Sg Buloh
* Bukit Raja

Daerah Hulu Langat – Mukim:
* Hulu Langat
* Ampang
* Cheras
* Kajang
* Semenyih
* Beranang

Daerah Sepang – Mukim:
* Dengkil
* Labu
* Sepang

Daerah Gombak – Mukim:
* Batu
* Rawang
* Setapak
* Hulu kelang
* Kuang

Daerah Kuala Langat – Mukim:
* Tanjung 12 (1)
* Tanjung 12 (2)
* Teluk Panglima Garang
* Morib
* Bandar
* Jugra
* Batu

Daerah Klang – Mukim:
* Kapar
* Klang

Daerah Kuala Selangor – Mukim:
* Ijok
* Bestari Jaya
* Jeram

Daerah Hulu Selangor – Mukim:
* Serendah
* Rasa
* Ulu Yam
* Batang Kali

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia melibatkan lokaliti seperti berikut:
* Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
* Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
* Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
* Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
* Kampung Padang Balang
* Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
* Flat Sri Sabah
* Kampung Puah
* Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
* Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
* Kampung Batu Muda
* Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
* Bandar Baru Sentul
* Taman Ikan Emas
 

pkpd-selangor-terkini-01

pkpd-selangor-terkini-02

pkpd-selangor-terkini-03
 

Kawasan PKPD terkini di Selangor dan Kuala Lumpur ditetapkan secara bersasar.

Perlaksanaan PKP sebelum inipun sebenarnya sudah menyusahkan pergerakkan kita semua. Inikan pulak perlaksanaan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan), ia lebih lagi membataskan pergerakan kita. Fokus utama ialah supaya kita tidak banyak bergerak dan mengurangkan risiko kita menjangkiti dan dijangkiti virus Covid-19.

Sudah memasuki 1 tahun 3 bulan kita terkurung di dalam rumah, di dalam daerah dan terkurung dalam negara dengan perintah PKP. Semata-mata nak hapuskan penularan virus Covid-19. Jadi, ambillah peluang ini untuk sokong usaha ini seketika. Patuhlah arahan kerajaan untuk kita sama-sama jayakan rancangan ini untuk kembalikan negara kita kepada keadaan normal.

Negara lain sudah banyak yang sudah menamatkan arahan mewajibkan pakaian Face Mask. Banyak negara sudah benarkan rakyat mereka keluar bebas di kawasan umum. Malah ada negara lain sudah mula membuka sempadan kepada pelancong asing. Namun kita di Malaysia, sangat tidak bernasib baik, masih lagi terkurung di dalam negara sendiri. Takkan lah kita nak jadi seperti ‘banduan’ terkurung di satu tempat selama-lamnya?

Kita jaga kita, sama-sama kita sokong usaha PKPD terkini ini. Semoga beberapa bulan lagi, Pulau Langkawi di Kedah, boleh kembali dibuka untuk tujuan pelancongan seperti di Phuket Thailand dan juga seperti di Pulau Bali, Indonesia.

Kita mesti menang dengan PKPD Bersasar secara Total Lockdown ini…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.