Site icon Travel Blogger Malaysia

Plan B Hotel Di Padang, Indonesia

Alhamdulillah, sekitar jam 2.30pm waktu Malaysia (1.30pm waktu Indonesia) MrJocko selamat sampai di Lapangan Terbang Minangkabau, Padang, Indonesia. Kali ni MrJocko ke sini untuk sertai acara Tour De Singkarak 2014 Edisi ke-6 di Sumatera Barat.

Selama 4 hari MrJocko akan berada di Padang dan Bukit Tinggi.Hari pertama tak banyak aktiviti, cuma sightseeing dan pusing town Padang di sebelah petang.

Sebelah malam pula ke Perlancaran Utama Tour de Singkarak 2014 (Grand Launch Tour de Singkarak 2014) bertempat di Padang Pariaman, Tiram Beach, Padang, Indonesia.

 Hotel Plan B Padang 

Hotel Plan B Padang

Malam ni menginap di Plan B Hotel bertempat di tengah bandar Padang. Hotel Plan B terletak di Jalan Hayam Wuruk dan sangat dekat lokasi persisir pantai Padang. Memang sangat strategik dan mudah akses.Harga bilik di Plan B Hotel bermula dari Superior Room dengan IDR500,000.

Hotel ini bertaraf Butik Hotel dan ia mungkin bertaraf 2 Bintang. Tetapi secara asas, fasiliti, bilik dan kemudahan yang ada amat memuaskan. Ada TV LCD, katil yang empuk, meja menulis, bilik air yang agak bagus dan WIFI Percuma ;). Sangat berbaloi,,,

Untuk percutian santai dan sederhana, memang boleh kalau nak stay di hotel Plan B ini. Kalau di convert dalam RM, harga sebilik lebih kurang RM150 untuk satu malam. Boleh la kan???

MrJocko dah penat ni. Esok nak bangun awal. MrJocko tidur dulu yer,,, Selamat malam dari Plan B Hotel, Padang, Indonesia 😉

Glamorous MrJocko 

Exit mobile version