Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mana Hilangnya Kapal Terbang Plane In The City Kuala Lumpur?

Sudah banyak kali kami melewati jalan sekitar Bukit Bintang, melepasi jalan utama di kawasan segitiga emas Malaysia ini. Tapi, hingga kini tidak nampak lagi kelibat restoran kapal terbang putih Boeing 737. Mana Hilangnya Kapal Terbang Plane In The City Kuala Lumpur? Mana pergi restoran bertaraf 5 bintang yang pernah ada di psat ibukota ini. Adakah ia sudah menutup operasi?

Tidak dinafikan, pendemik Covid-19 menyebabkan jutaan perniagaan terpaksa menutup perniagaan mereka. Namun, masih ada yang boleh bertahan, masih kembali beroperasi selepas 2 tahun sekiranya foundation perniagaan mereka utuh dan jitu.

Baca : Makan Wagyu Di Restoran Menate Steak Shah Alam

Plane In The City Kuala Lumpur

 


Kapal Terbang Plane In The City Kuala Lumpur

Plane In The City Kuala Lumpur
 

Kami tidak pernah berpelang singgah disini. Secara peribadi, kami tidak dapat nak kongsi apa menu yang menarik di sini. Namun, apa yang kami pasti, restoran Plane In The City ini adalah salah satu konsep restoran makanan mewah bertaraf 5 bintang dan menyediakan menu-menu antarabangsa dengan hidangan dari chef-chef terbaik mereka.

Diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 dan sempat beroperasi sekitar 2 tahun sebelum terpaksa ditutup pada awalnya ekoran abak Covid-19 dan perlaksanaan PKP di Malaysia pada Mac 2020.
 

Plane In The City Kuala Lumpur

Plane In The City Kuala Lumpur

Plane In The City Kuala Lumpur
 

Gambar : Tripadvisor & Google Maps

Memandangkan ia sebuah pesawat Boeing 757, makan pakej di sini juga mempunyai konsep Kelas Penerbangan yang sama, iaitu Economy Class, Business Class dan First Class. Apa bezanya, kami tidak pasti. Kalau dikira dari kacamata penerbangan, pasti ia adalah membezakan harga pakej yang ditawarkan di sini.

Sebelum pandemik, restoran ini pernah menjadi bualan hangat ramai netizen di media sosial. Idea yang menarik, sesuatu yang baru dan segar dibawa masuk ke tengah ibukota. Namun, disebabkan pakej yang disediakan, ramai yang mungkin berfikit 2-3 kali untuk membayar makanan di sini.
 

Plane In The City Kuala Lumpur

Plane In The City Kuala Lumpur
 

Melihat kepada informasi dilaman Google, restoran ini sudah dikatakan ditutup selamanya. Namun, semakan kami mendapati laman web Plane In The City masih lagi aktif. Adakah ia akan kembali beroperasi?

Plane In The City Kuala Lumpur
 

Bagi kami, ini 5 sebab utama kenapa Plane In The City Kuala Lumpur sesuatu yang gagal.

1. Pakej untuk seorang dengan masa 90 minits sebanyak RM199 nampaknya terlalu mahal untuk pengalaman yang biasa-biasa. Kami lebih rela beli tiket kapal terbang ke Langkawi, bayar cuma RM10 hingga RM50 dan makan nasi lemak RM15 – RM20 sementara nak sampai ke destinasi.

2. Lokasi ditengah kota, tetapi pemandangan sekitar agak hambar. Langsung tak menarik

3. Target market yang terlalu tinggi, mungkin untuk orang berduit, tetapi kebanyakkan orang kaya lebih suka makan di tingkat sky roof. Ground floor seperti di Plane In The City yang tidak terbang, sama seperti makan di restoran biasa sahaja.

4. Kenapa bayar RM199 sedangkan banyak hotel lain dengan ambiance lebih cantik, makanan lebih banyak serta tempoh masa buffet hingga 3 jam, lebih selesa.

5. Ruang makan yang agak sempit dan terhad pergerakkan.

Ini adalah pandangan peribadi. Ia mungkin berbeza dengan pandangan anda dan netizen lain. Kalau anda tidak setuju, nyatakan komen anda untuk kita kongi bersama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.