Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Planet Ikan Bakar Dan BBQ Steamboat Buffet Terbaek

Hari minggu lepas MrJocko ada jumpa klien dan rakan business di Wangsa Maju. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan untuk kali ni MrJocko berjaya menambah seorang lagi klien baru dan seorang rakan business. Semoga kejayaan akan menjadi destinasi kami selepas ini. On the way nak balik, makan di Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat.

Pertama kali kami singgah makan di Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet Taman Melati. Restoran ini menyediakan masakan nasi campur dan juga Steamboat Buffet kepada pelanggan mereka. Kami cuba pakej Steamboat Buffet kat sini, harga cuma RM26.90 bagi setiap seorang dan disajikan dengan pelbagai pilihan yang menarik.

Baca : Restoran Yang Menyediakan Menu BBQ Paling Sedap

Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat

Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat
Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat
Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat

 

Buffet Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat

Untuk pilihan sajian di Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet Taman Melati ni, ada banyak lauk pauk yang boleh dipilih. Ada udang, sotong, ketam, ayam, daging, kambing, kerang, sayuran, fish ball, meatball, aiskrim, buahan dan juga nasi goreng.

Boleh dikatakan, sangat berbaloi kalau anda singgah makan Buffet Steamboat kat sini. Sangat-sangat berbaloi. MrJocko dan family dapat makan dengan aman, rileks, sedap dan sangat kenyang. Sambil menunggu ‘nasi turun ke perut’ boleh makan aiskrim dengan anak-anak. Best kan!!!

Untuk buffet steamboat di sekitar Taman Melati, MrJocko sangat syorkan anda singgah ke Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.