Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mungkin Plet Kereta Mahal Ni Harga Sebijik Kereta Kancil Kot

Mungkin Plet Kereta Ni Harga Sebijik Kereta Kancil Kot. Plet VIP. Kalau masa beli kereta, korang kisah tak kalau nak pilih Nombor Plet kereta korang? Atau, tak kisah la pakai nombor plet apa-apa pun, janji ada nombor?

Pada yang minat nombor-nombor ni, mesti mencari nombor-nombor kesukaan mereka untuk di abadikan kat kereta mereka. Macam kawan-kawan kita dari kaum Cina, ramai juga yang percaya kepada nombor, lebih lebih lagi nombor 8 yang katanya membawa kepada UNTUNG.

Baca : Modified Ekzos Kereta Kenari Kesayangan Kami

plet kereta mahal

 


Mungkin Plet Kereta Ni Harga Sebijik Kereta Kancil Kot

Macam orang kita, kebanyakkan orang melayu, minat nombor plet untuk kenderaan ni semata-mata minat. Ada yang nak letak tarikh lahir mereka, tahun lahir dan macam-macam lagi.

Semalam on the way balik, kat traffic light, serempak la dengan kereta ini plet kereta W** 888. Wow!!! Ada tiga kali angka ‘8’. Pemiliknya aku tak nampak pasal di depan. Tengok kereta memang kereta mahal, semestinya plate tu pun mahal harganya. Selalunya kalau plate satu angka, harga mencecah sehingga Ratus Ribu RM, kalau jensi angka 8 yang menjadi pujaan ramai pengguna ini, mesti di tender dengar harga yang tinggi.

Macam kita, orang kebanyakkan, pakai la nombor apa yang ada. Nak comel sikit, pegi JPJ dan pilih nombor yang orang tak beli, tak pakai, bayar RM210 kalau tak silap, InsyaAllah, kita dapat nombor tersebut. Tapi nak harapkan plate no ‘1’ jangan mimpi la… 🙂

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.