Best Juga Layan Playground Di Waterfront Desa Parkcity
|Antara lokasi taman permainan dan taman tasik yang cantik berdekatan rumah MrJocko ialah Playground Waterfront Desa Parkcity. Kawasan taman tasik dan juga taman permainan kanak-kanak yang diurus secara teratur dan cantik. Pertama kali sampai sini, kami memang teruja. Lokasi baru, kawasan luas dan ada banyak ruang parkir.
Layan Playground Di Waterfront Desa Parkcity

Baca : Laman Web Desa Parkcity Kuala Lumpur
My kids memang suka layan playground kat sini kerana konsep mainan yang ada berbeza dari playground taman permainan tempat lain.
Kat sini ada Jusco dan banyak kedai-kedai termasuk restoran Kluang Station, Secret Recipe dan banyak lagi. Anda boleh beriadah di taman tasik dan makan di sana.
Kalau anda berada disekitar Kepong, Manjalara, Segambut, Sri Sinar Bandar Sri Damansara, apa kata cuba ke Waterfront Desa Parkcity.