Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Polis Dan Tentera Naik Gaji Dalam Sistem Saraan Transformatif

Polis Dan Tentera Naik Gaji
Polis Dan Tentera Naik Gaji Dalam Sistem Saraan Transformatif. Nampaknya abang-abang polis dan juga brader-brader tentera akan tersenyum lebar. Tahun 2013 merupakan tahun mereka. Sistem Saraan Transformatif memberikan mereka sistem gaji yang lebih tinggi berbanding sistem gaji yang lama.
Dengan pengumuman yang telah dibuat, Sistem Saraan Transformatif ini akan memberikan kenaikkan gaji baru kepada anggota polis dan anggota tentera Malaysia.
Sebanyak RM2 Billion untuk penambahbaikan gaji dan kenaikkan pangkat, RM1.5 Billion untuk kenaikkan gaji tahunan, tiga kenaikan gaji tahunan kepada 182,434 kakitangan awam, serta kenaikkan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan dikurangkan dari 15 tahun kepada 13 tahun sahaja.
Dan kenaikkan gaji dalam Sistem Saraan Transformatif ini meliputi semua pangkat di dalam perkhidmatan Polis dan Tentera. Bertuah sungguh anggota-anggota polis dan tentera kerana nasib mereka dibela oleh pihak yang berkaitan. Tahniah semua. Semoga terus memberikan khidmat terbaik untuk keamanan dan keselamatan negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.