Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Polis Perkenal Skuad Harimau Polis

Kalau polis di Metro City perkenalkan Polis ROBOCOP, Polis di Malaysia apa kurangnya. Dengan Inisiatif yang berterusan, mereka telah mencipta sejarah dengan memperkenalkan buat julung-julung kalinya Polis Harimau.
Dengan penubuhan skuad polis Polis Harimau Biru ini di jangka akan membantu pihak berkuasa tempatan mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. Kenapa tidak, dari segi fizikal pun Polis Harimau ini mempunyai saiz yang lebih besar dari orang kebanyakkan di Malaysia. Sudah tentu kekuatan dan ketangkasan DNA Harimau yang ada mampu menewaskan penjenayah dengan mudah.
Sekiranya korang terlihat Karektor Polis Harimau Biru atau nama samaran Mr Integrity ini melakukan tugasan rondaan, jangan risau, mereka adalah sebahagian dari Polis Malaysia dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara.
Itu la dia, Mr Integrity Maskot Polis Di Raja Malaysia sempena dengan Hari Polis yang ke 205. Selamat Hari Polis.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.