Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Politik : Skandal Video Seks Mustafa Ali, Chua Soi Lek

Tanggal 5 Mei 2013 nanti, rakyat Malaysia akan keluar mengundi setelah Parlimen di Bubarkan pada Rabu, 3 April 2013. Dan sepanjang pemerhatian MrJocko, kempen meraih undi bagi semua parti mencatat sejarah kerana sejak Disember 2011 lagi sudah banyak bendera-bendera parti berkibar kerana jangkaan ramai Pilihanraya Umum mungkin di adakan pada Mac 2012. Sebaliknya, pada penggal ini, Parlimen dibubarkan sehingga ke masa penamat Penggal dan pengumuman oleh Perdana Menteri seakan membuat pengumuman hari raya kerana ramai yang bersorak kegembiraan.
 
 
Namun, sejak dari dulu lagi, situasi politik di Malaysia dilihat seakan tidak matang dalam cara setiap parti meraih undi. Sebelah sana, suka mengutuk, memaki hamum serta melempar tuduhan. Yang sebelah satu lagi, penuh dengan taktik menjatuhkan aib peribadi dengan video seks lucah pemimpin utama parti lawan.
 
Yang terbaru, skandal Video Seks lelaki menyerupai Setiausaha Mustafa Ali di dedahkan kepada umum dan nampaknya corak menyerang peribadi parti lawan masih lagi di amalkan di Malaysia. Jika dulu, skandal seks Chua Soi Lek, ia seakan isu biasa kerana beliau seorang yang bukan Muslim. Tetapi sekarang dengan pendedahan video seks lelaki yang menyerupai Mustafa Ali ia seakan memberi impak yang besar kepada Parti PAS, samada menjatuhkan atau menaikkan.
 
Bak kata Dato Seri Haji Abdul Hadi, “kalau ia salah, bukan video Mustafa Ali, maka ia akan menaikkan PAS”. Tetapi jika ia betul video pemimpin tersebut, maka ia akan merosakkan nama Parti PAS.
 

Namun begitu, MrJocko sendiri, berharap, selepas ini, situasi dan corak perubahan Politik Malaysia akan berubah dari kebiasaan yang selalu menyerang keperibadian, mengutuk, memaki hamun, memfitnah, menyalahkan orang lain kepada satu keadaan POLITIK YANG BERLANDASKAN BAHAN PEMIKIRAN YANG KRITIKAL DAN BERASASKAN FAKTA.

MrJocko rasa dengan situasi politik sekarang, ia akan lebih merosakkan negara kerana lebih banyak perpecahan akan berlaku. Kita perlukan Satu Malaysia yang kuat supaya kita tidak akan lemah jika diserang oleh anasir asing yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan.

Bersihkan Malaysia dari Politik Kotor, Politik Memaki Hamun dan juga Politik Peribadi, kerana Politik juga akan menjadi lebih bagus sekiranya ia berlandaskan kepentingan rakyat, melebihi kepentingan peribadi.

Saya pilih mengundi dan saya akan mengundi… Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.