Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Popia Basah Kuala Kangsar Di Stadium Paroi Negeri Sembilan

Salah satu makanan yang popular sekitar Bandar Seremban ialah Popia Basah Kuala Kangsar. Anda tak perlu ke Kuala Kangsar, tetapi boleh ke Stadium Paroi Seremban dan dapatkan menu Popia Basah yang terkenal, citarasa Popia Basah Kuala Kangsar yang dibawakan khusus oleh pemilik gerai ini untuk masyarakat Negeri Sembilan.

Untuk informasi, harga Popia Basah dan Popia Goreng hanya RM1.20 sahaja dan untuk Cucur Udang satu hidangan berharga RM2.50. Lokasi gerai Popia Kuala Kangsar ini terletak di bangunan Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Senang jer nak cari lokasi tempat ni. Parkir pun luas. 

Baca : Restoran Nasi Arab Popular Negeri Sembilan

 


Food Review Popia Basah Kuala Kangsar

Popia Basah Kuala Kangsar Di Stadium Paroi

Lihat harga Popia Basah yang dijual di sini. Popia Basah cuma RM1.20 dan Popia Goreng juga RM1.20. Manakala harga Cucur Udang Campur RM2.50.

Popia Basah Kuala Kangsar Di Stadium Paroi 

Popia Basah Kuala Kangsar Di Stadium Paroi

 

Memandangkan kami semua sudah sampai ke sini, mencuba makanan yang dihidangkan sudah pastinya acara utama.

MrJocko memang sempat mencuba menu di gerai Popia Basah Stadium Paroi ini. Rasanya memang unik dan sedap sangat. Antara rahsianya, kulit popia yang lembut tetapi susah nak koyak. Rasanya yang kenyal tetapi lembut. Di tambah dengan isi dalaman dan sos kuah yang sangat sedap. Memang satu tak cukup. Dua pun tak cukup, mesti kena makan banyak-banyak. Kalu nak lagi sedap, kena cuba sampai kenyang.
 

Popia Basah Kuala Kangsar Di Stadium Paroi

Popia Basah Kuala Kangsar Di Stadium Paroi

 

Popia Basah Di Stadium Paroi

Menurut tuan punya kedai, beliau berasal dari Melaka, tetapi beliau berminat belajar membuat Popia Basah semasa beliau mencari resepi terbaik untuk beliau mengusahakan perniagaan makanan. Hasil tunjuk ajar semasa beliau bekerja membuat popia basah ini, akhirnnya beliau berjaya mencipta resepi Popia Basah Paroi dan ia memang mendapat sambutan yang menggalakkan di sekitar Seremban.

Pengunjung memang tidak pernah putus berkunjung ke gerai Popia Basah Kuala Kangsar ini semata-mata ingin mencuba keenakkan rasa Popia Basah dan Popia Goreng yang berada di Seremban ini. Unik bukan? Itu lah makanan Malaysia, boleh di cari di mana-mana sahaja dengan citarasa asli walaupun sudah berada jauh dari tempat asal.

Kalau nak makan Nasi Arab, boleh cuba Nasi Arab D Oasis Port Dickson http://www.mrjocko.com/2013/12/nasi-arab-d-oasis-port-dickson.html

Artikel food review ini menyokong promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Tourism Negeri Sembilan

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.