Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Power Bank Harga Murah Dan Berbaloi Untuk Korang Beli

Agak lama rasanya tak beli power bank (bank kuasa dalam bahasa Malaysia). Sebabnya sebelum ini, selalu dapat percuma bila hadir sertai product launch atau event sejak bertahun-tahun lepas. Namun, memandangkan sudah setahun tidak ada event, maka tidak adalah peluang untuk dapat gajet percuma lagi. Terpaksa beli. Semalam ke Plaza Lowyat, terjumpa Power Bank Harga Murah Dan Berbaloi Untuk Korang Beli.

kalau dulu, saya jarang guna power bank bila berada di luar. Sebab, saya selalu menggunakan power plug ataupun mengecas menggunakan laptop sahaja. Waktu kerja, saya tidak terlalu aktif menggunakan telefon pintar. Jadi, ia boleh bertahan dalam tempoh sekitar 8 ke 10 jam sebelum saya sempat balik ke rumah. Kerja sendiri kan, senang nak balik sesuka hati.

Baca : Power Bank dan Juga Pocket WiFi

power bank murah

 


Power Bank Harga Murah Dan Berbaloi Untuk Korang Beli

Power-Bank-Murah-Dan-Berbaloi-Untuk-Korang-Beli copy
 

Menarik tentang power bank jenama TP Link ini, ia adalah bank kuasa Li-Polumer yang boleh mengecas telefon pintar, tablet pc dan juga kamera saiz sederhana. Model ini berbaloi untuk anda beli sebab mempunyai kuasa 20000mAh.

Kebiasaan power bank sebesar kuasa 20000mAh ini boleh mengecas sekitar 4 smartphone penuh. Lagipun yang ini sangat cepat memberikan kuasa sehingga 80% pengecasan kepada iPhone XS dalam masa hanya satu jam.

Fungsi lain, ia mempunyai dua lubang USB Ports untuk dikongsi berdua dengan 2.1A Samrt Fast Charge.

Untuk pengguna yang selalu travel seperti saya, ia sangat sesuai kerana saiz yang tidak besar, agak ringan dari power bank biasa dan harga juga murah dengan hanya MYR49 sahaja.

Berminat beli PowerBank Murah cari di sini Sri Computers Plaza Lowyat KL

 

Power-Bank-Murah-Dan-Berbaloi-Untuk-Korang-Beli-2

Power Bank lama yang berumur 5 tahun
 

Sebelum ni, jika perlu, saya banyak menggunakan satu power bank sahaja. Biasanya saiz kecil sahaja dengan kekuatan sekitar 5000mAh sahaja, Cukup untuk sekali cas telefon pintar. Tapi kali ni, boleh la ambil saiz besar sikit sahaja, tetapi harga murah, agak ringan dan boleh masuk poket dengan mudah.

Jadi, kalau anda tengah cari power bank, boleh la consider untuk beli model seperti ini. Dengan harga MYR49 dan kuasa 20000mAh, ia sangat berbaloi untuk anda beli.

Nota Kaki : Ini bukan entry berbayar atau tajaan. Ia hanya pandangan dan pengesyoran peribadi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.