Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Prachuap Bay : Teluk Perkampungan Nelayan Di Khiri Khan

Prachuap Bay di Khiri Khan antara satu lokasi yang mesti anda kunjungi kalau ke Prachuap Khiri Khan. Kawasan pantai yang memanjang ini adalah sebahagian dari teluk yang terkenal di sini. Kedudukkan Prachuap Bay terletak di tengah-tengah antara Ao Noi Bay dan juga Ao Manao Bay. Kalau tak silap, Prachuap Bay mempunyai pantai yang paling panjang berbanding Ao Noi Bay dan Ao Manao Bay.

 

Kawasan sekitar pantai di Prachuap Bay ini lebih kepada tanah warta kerajaan dan juga perkampungan nelayan. Kalau nak cari makanan laut murah segar dari laut, boleh tinjau di beberapa tempat pendaratan tradisional di sini dan boleh dapatkan makanan laut seperti ikan, ketam, udang, sotong dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Prachuap Khiri Khan

 

Prachuap Khiri Khan

 

Prachuap-Bay-Khiri-Khan

 

Prachuap Khiri Khan

 

Prachuap Khiri Khan

 

Memandangkan kawasan Prachuap Bay menghala ke Ao Noi Bay ini lebih kepada tanah warta kerajaan Thailand, maka tidak banyak resort di bangunkan di sini. Namun, ada beberapa lokasi, anda boleh mendapatkan menu makanan laut yang murah dan mandi manda kerana pantai di sini masih lagi dibuka kepada orang awam.

 

Sepanjang pantai di sini, anda boleh melihat ada nelayan pantai melakukan aktiviti memancing dan menangkap ikan. Di bahagian seberang jalan, ada beberapa restoran tempatan yang menyediakan menu masakan laut dan ia memang jauh lebih murah berbanding Hua Hin, Bangkok dan juga Kuala Lumpur.

 

Untuk info, ketam bunga seperti gambar dibawah, dijual dengan harga sekitar Baht150 bagi setiap kg dan ia memang segar, siap direbus untuk rasa yang asli.

Prachuap Khiri Khan

 

Prachuap Khiri Khan

 

Walaupun kawasan Prachuap Bay ini tidak dikunjungi ramai pelancong asing berbanding Ao Manao bay, tetapi ia masih punyai tarikan sendiri seperti perkampungan nelayan dan makanan laut yang murah.

 

Kalau anda nak mencuba aktiviti laut seperti memancing anda boleh singgah di sini dan dapatkan khidmat bot nelayan kampung untuk ke laut. Kawasan ini juga ada banyak sangkar kerang dan tiram yang diusahakan oleh penduduk tempatan. 

 

Sebab itu, kalau dah sampai di Prachuap Khiri Khan, anda mesti jenguk juga di sepanjang pantai Prachuap Bay dan anda mungkin menemukan sesuatu yang anda suka dan menarik minat anda.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.