Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Kemuncak lokasi paling menarik dalam banyak-banyak destinasi percutian ke Pak Bara di daerah Satun ini ialah di Prasat Hin Pun Yod. Ia juga dikenali dengan nama Stone Castle With Thousands of Peaks (Istana Batu Dengan Ribuan Menara). Paling cantik, paling menarik dan paling mengujakan untuk ke sini.

Memandangkan ia lokasi asal tersembunyi dari manusia sebelum ini, ia menjadi salah satu lokasi wajib lawat kalau ke Satun, Thailand. Hanya terletak sekitar 1 jam perjalanan menaiki bot dari Jeti Pak Bara dan perlukan sampan kecik atau kayak untuk masuk ke lubang rahsia di Stone Castle With Thousands of Peaks.

Baca : Pengalaman Naik Bot Dari Jeti Pak Bara Tarutao

 


Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Kalau dilihat dari pemandangan atas, lokasi ini sangat-sangat cantik. Ia menjadi pilihan ramai pengantin untuk membuat ‘photoshoot’ dan juga merakam gambar yang terbaik ketika melancong ke sini.

Ia umpama kolam besar yang tersembunyi dengan pantai yang sangat cantik

Di waktu paling sesuai, ketika air laut surut di sebelah petang, akan ada pantai kecil yang bersih memutih, tersembunyi di tengah-tengah batu. Umpama lingkungan di dalam sebuah istana batu dengan beribu-ribu puncak menara. Sangat cantik, terletak di Pheta Islands National Park.

Stone Castle With Thousands of Peaks di Satun ini terbentuk hasil dari kerak batu batu selama beratus-ratus juta tahun, menjadikan batu di kawasan ini kelihatan aneh.

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks

Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks
Pemandangan dari dalam Prasat Hin Pun Yod

Prasat Hin Pun Yod

Prasat Hin Pun Yod

Untuk ke sini, bot besar yang membawa pelancong akan berhenti di luar pintu masuk ke Prasat Hin Pun Yod. Selepas itu sampan kecil atau kayak diperlukan untuk membawa masuk pelancong ke dalam. Jika bernasib baik, korang akan dapat lihat pantai yang cantik di dalamnya. Jika tidak, air akan memenuhi seluruh kawasan. Pun begitu, ia masih lagi menawan hati sesiapa sahaja. Ia sangat unik dan berbaloi bersusah payah untuk ke sini.

Baca : Tempat Menarik di Thailand

Pastikan barangan yang dibawa diletakkan dalam beg kalis air kerana ombak di kawasan ini agak kuat dan akan membuatkan korang basah kuyup. Tapi, itulah la pengalaman terbaik melancong ke Prasat Hin Pun Yod Stone Castle With Thousands of Peaks.

Kawasan ini dubuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Tiada bayaran dikenakan, hanya kos pengangkutan Feri, Bot atau Kapal Laut yang membawa korang dari Jeti ke pulau ini.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.