• Fri. Sep 22nd, 2023

Pratonton : Filem Cuak

1392477457725-708481

Minggu lepas MrJocko di jemput ke Pratonton filem Cuak, salah satu filem yang boleh dikatakan sebagai filem indie dan lain dari filem Malaysia yang biasa. Filem Cuak mengetengahkan hampir 90 peratus watak atau muka baru dan kekuatan filem ini mungkin dari keunikkan filem itu sendiri.Filem yang di arahkan oleh gabungan 5 pengarah ini mengisahkan Adam yang sedang dalam keadaan ‘cuak’ melalui saat-saat akhir zaman bujangnya apabila beliau dalam perjalanan untuk majlis Akad Nikah beliau dengan pilihan hatinya iaitu Brenda, seorang muallaf.Adam seakan gemuruh, gugup dan cuak untuk menamatkan zaman bujang beliau kerana teringatkan kisah rakannya Reza yang sudah kahwin dan kehilangan masa bersosial dengan rakan-rakan, rakannya Zul yang selalu sana sini tak boleh serta rakan-rakan lain yang bersikap takutkan komitmen untuk kahwin. Review filem CuakReview filem Cuak Siapa Brenda dan apakaj keputusan Adam di saat terakhir beliau untuk akad nikah? Jadi ke Akad Nikah? Adam memang Cuak?Olahan idea jalan cerita Cuak bagi MrJocko amat menarik. Simple tetapi punya plot yang boleh disambung dengan baik. Cuma banyak scene yang memakan masa terlalu lama seperti masa Adam dalam Toilet, scene Adam kene interview oleh Parents Brenda, scene dalam Club masa main Pool dan banyak lagi.Satu lagi yang rasanya mungkin timbul isu bila ada disentuh sensitiviti Agama dalam filem Cuak ini. Scene Adam bergaduh dengan Brenda tentang ‘perlu ke Azan di laungkan begitu kuat’ sedangkan ramai orang sekitarnya bukan orang Islam?Rasanya scene ini tak perlu kerana ia mungkin akan menyentuh isu agama yang sensitif.Barisan pelakon utama yang memegang watak Adam dan Brenda memang bagus dan mungkin boleh maju sekiranya ada peluang lain. Watak Adam memang selamba dan agak kelakar, mengingatkan MrJocko kepada Adam Sandler.Kalau anda mahukan citarasa baru, mungkin boleh cuba menonton filem Cuak di pawagam berhampiran. Cerita yang boleh dikategorikan sebagai genre Drama Komedi, ia ditayangkan dalam menggunakan hampir 80% Bahasa Inggeris dan ia memang mempunyai nilai filem Malaysia yang kreatif.Bintang : 2.5 out of 5Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.