Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Press Conference Putrajaya LIFT Festival 2019

Selaras dengan komitmen Kerajaan ke aras transformasi digital, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan menganjurkan Festival Putrajaya LIFT 2019 yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Disember 2019. Hari ini, berlangsung Press Conference Putrajaya LIFT Festival 2019 bertempat di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia untuk tujuan memperkenalkan festival ini kepada rakan media.

LIFT yang membawa maksud, ‘Literacy in Financial Technology’ merupakan satu festival yang yang bermatlamatkan pemerkasaab celik kewangan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina masyarakat digital. Festival LIFT Putrajaya ini akan mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan. Ia adalah satu initiatif kerjasama dari Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara Malaysia.

Baca : MrJocko dan Cerita Financial

Press Conference Putrajaya LIFT Festival 2019

Press Conference Putrajaya LIFT Festival 2019

Press Conference Putrajaya LIFT Festival 2019-02

Press Conference Putrajaya LIFT Festival 2019-02
 

Kementerian Kewangan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi festival ini. Ia akan berlangsung di tiga (3) lokasi strategik iaitu di Menara Perkeso Putrajaya, Bangunan Suasana PjH dan juga Kompleks Kementerian di Putrajaya.

Festival yang akan membawa banyak aktiviti termasuk konsep yang menyeronokkan dan interaktif dengan persembahan seni dah teknologi gambaran teknologi kewangan masa hadapan.

Putrajaya-Lift-Festival-2019-02-ten-acts-ten-countries-1

Putrajaya-Lift-Festival-2019-02-ten-acts-ten-countries-1

Putrajaya-Lift-Festival-2019-02-ten-acts-ten-countries-1

Putrajaya-Lift-Festival-2019-05-VR-Cinema
 

Paling penting, festival ini akan memberikan maklumat relevan dan informasi yang praktikal tentang pemerkasaan kewangan dalam dunia teknologi dan digital yang dinamik pada masa kini.

Antara lokasi booth menarik untuk dikunjungi termasuk ke Pavilion Kewangan Digital yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia di bangunan Menara Perkeso Putrajaya. Ada sesi seminar, bengkel, ceramah dan pameran berkaitan kewangan digital dari institusi kewangan dan syarikat FinTech.

Selain itu, ada ruangan yang dikenali dengan The Market, yang mana ia menempatkan tempat membeli belah khas untuk semua pengunjung. Ada banyak produk menarik termasuk produk dari Selebriti Terkenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin untuk anda beli.

Tidak lupa, ruangan untuk menjamu selera dengan kawasan Medan Makan yang akan menyediakan pelbagai menu hidangan terbaik dengan harga yang berpatutan.

Baca : Tempat Menarik di Putrajaya

Manakala, The Fringe, akan mempersembahkan pelbagai persembahan menarik, termasuk hiburan kesenian tempatan dan juga persembahan nyanyian dari artis terkenal tempatan seperti Aizat Amdan, Toko Kilat & Ella, Gerhana Ska Cinta, The Times, Noh Salleh, Kyoto Protokol dan ramai lagi.

Senang cerita, ini adalah satu lagi peluang untuk anda sertai acara yang meriah di Putrajaya bersama rakan dan keluarga dari siang hingga malam, untuk menyertai Festival Putrajaya LIFT 2019 dan juga limpahan lampu yang menarik sepanjang jalan di Putrajaya.

Maklumat lanjut, boleh la singgah di laman web rasmi Putrajaya LIFT Festival 2019

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.