Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Preview Genting Skyworlds Outdoor Theme Park Disember 2021

Ramai tak sabar untuk ke Genting Highlands. Ramai yand dah bertanya bila taman tema outdoor Skyworlds akan dibuka kepada umum? Alhamdulillah, kami bertuah diberi peluang untuk sama-sama masuk ke taman tema terbaik di Malaysia ini lebih awal dari orang lain. Ini kisah kami sekeluarga, Preview Genting Skyworlds Outdoor Theme Park Disember 2021.

Seawal pagi, bergerak dari Kuala Lumpur, kami sekeluarga memandu dari Kuala Lumpur dan parkir kereta di Genting Highland Premium Outlet (GHPO). Dari GHPO, kami menaiki Awana Skyway dari stesen utama sehingga ke Stesen SkyAvenue yang mengambil masa hanya sekitar 10 – 15 minit sahaja.

Baca : Gelembung Perjalanan Travel Bubble Genting Highlands

Genting Skyworlds Outdoor Theme

 


Preview Genting Skyworlds Outdoor Theme Park Disember 2021

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park
 

Laluan dari Stesen SkyAvenue membawa kami hingga ke pintu utama Skyworlds. Pintu utama Genting Skyworlds mula dibuka seawal 10.00 pagi dengan kehadiran pengunjung dari kalangan VIP, pemegang Ahli Rewards dan juga tetamu khas yang lain.

Permulaan yang baik dengan cuaca yang berkabus dengan susunan masuk yang agak selesa dan teratur. Seawal jam 10.00 pagi, sudah ramai tetamu mula memasuki pintu utama Genting Skyworlds. Masing-masing seakan tak sabar untuk melihat sendiri, apa yang menarik ada di dalam Taman Tema Terbaik Di Malaysia ini.
 

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park
 

Keluar sahaja daripada pintu masuk, anda akan lihat satu lagi ikon Genting Skyworlds dengan kolam saiz sederhana berserta Logo Skyworlds. Anda boleh memilih untuk ke kanan atau ke kiri, kerana taman tema ini sebenarnya berada dalam jaringan yang berpusing. Tak kisah ke mana anda pergi, jika terus berjalan, anda akan bertemu di tempat yang sama ada bermula.

Antara yang menarik perhatian di dalam Genting Skyworlds Rides ialah Rio, Ice Age, Night At Museum, Andromeda, Eagle Mountain, Robot Rivets Town, Epic, Liberty Lane, Central Park dan beberapa lagi yang menarik, termasuk indoor adventure seperti Independence Day Ride.

Ternyata, untuk teaser preview kali ini, kami sendiri memang syorkan anda dengan keluarga atau rakan-rakan boleh bersedia untuk dapatkan tiket ke Genting Skyworlds apabila dibuka nanti. Khabarnya, ia akan mula dibuka pada awal Januari 2022 dengan SOP yang ketat.
 

Genting Skyworlds Outdoor Theme Park
SOP Pematuhan Sanitizer di Genting Skyworlds

Lihat sahaja staff di Genting Skyworlds ini membuat sanitasi secara kerap untuk semua alatan rides yang digunakan untuk keselamatan dan kebersihan, mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Syabas!!!

So, apa lagi. Get ready, simpan duit sikit, lepas ni, bila Genting Skyworlds mula dibuka, terus beli secara online dan alami keriangan sebenar di Taman Tema Outdoor Terbaik di Malaysia Resorts Worlds Genting.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.