Sesi Persekolahan kembali ditutup seminggu sebelum hari raya. Selepas cuti hari raya, ia kembali kepada sesi pembelajaran di dalam talian, ataupun dikenali dengan nama PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah). Bila belajar dirumah, atara alat yang penting adalah Printer. Saya nak kongsi, Printer Murah Untuk Kegunaan Murid Sekolah Musim PDPR berharga bawah RM250.
Ada banyak jenis printer dan jenama printer yang boleh anda beli di pasaran. Ada beberapa jenis printer (pencetak) sebenarnya yang biasa dijual termasuk jenis Printer Dot Matrix, Printer Ink Jet, Printer Laser Jet, Printer LED/LCD, Printer Thermal, Plotter, Printer Solid Ink dan juga Printer Buble Jet.
Baca : Tips Nak Bagi Wifi Internet Laju Di Rumah
Printer Murah Untuk Kegunaan Murid Sekolah Musim PDPR
Kalau masa saya masih bekerja di pejabat dulu-dulu, paling popular jenis Printer jenis Laser Jet dan juga Printer Ink Jet. Masa tu harga untuk satu unit sekitar RM ribuan dan saiz yang agak besar.
Kini, kebiasaan untuk kegunaan biasa dirumah, printer Ink Jet sudah cukup untuk digunakan bagi tujuan peribadi, samada untuk cetakan kerja sekolah atau cetakan biasa. Tidak perlu pencetak yang mahal, ia sudah cukup untuk seisi rumah.
Musim PKP 3.0 ini, pergerakan satu Malaysia terbatas. Oleh kerana anak-anak kini belajar di rumah, mahu atau tidak, kami juga terpaksa memerlukan satu unit printer untuk digunakan dirumah bagi tujuan PDPR anak-anak sekolah.
Paling murah setakat ini, pencetak jenama HP Deskjet model 2336 dengan hanya harga cuma RM219 sahaja di kedai komputer Sri Computer Lowyat Plaza Kuala Lumpur. Model ini mempunyai fungsi untuk mengimbas, meniru dan juga mencetak kertas dengan mudah dan dengan kos yang sangat murah.
Set printer HP Deskjet Ink Advantages 2336 ini lengkap dengan cartridge bersaiz 682 warna hitam dan juga 682 warna. Saiz cartridge biasa ini mampu mencetak sekitar 400 helai cetakan hitam dan juga sekitar 150 bagi cetakan berwarna. Cukup untuk kegunaan biasa selama 3 – 4 bulan bagi seisi keluarga.
Kamid dah cuba untuk megimbas, meniru dan juga mencetak dengan printer HP Deskjet 2336 ini. Sungguh mudah dan ia sangat ringan untuk dibawa kemana-mana sahaja. Thumbs up untuk design, thumbs up untuk kos yang jimat bajet.
Cuma, jika anda menggunakan Macbook atau iMac, anda akan menghadapi masalah ‘Printer Idle’ dan perlu untuk dapatkan guide daripada pakar. Satu masalah yang patut pihak HP selesaikan lebih awal dari membiarkan pengguna mereka bersusah payah untuk setup printer ini di komputer mereka.
Tak nak beli di kedai, boleh dapatkan printer ini di laman website jualan online dengan harga sekitar RM230.
Oh ya, setelah membuat rujukan, cartridge 682 ini sebenarnya boleh diisi dengan dakwat ink refill. Ia akan membuatkan kos mencetak lebih murah dan lebih efisen. Boleh cari cara bagaimana nak refill cartridge 682 di carian Google.