Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei Dengan Harga JPY3240

Onsen, satu tradisi mandian sulfur hot spring cara orang Jepun. Sangat popular, tak kira orang tua atau orang muda, masing-masing akan teruja dan happy bila dapat peluang mandi onsen. Namun, bila mandi di public onsen, tidak punyai ‘privasi’. Jadi, pilihan untuk mereka ialah di Private Onsen. Kali ini, MrJocko cuba sendiri pengalaman mandi di Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei Dengan Harga JPY3240.

Private Onsen di Jepun pun banyak, cuma harga yang ditawarkan agak mahal berbanding pakej mandian Onsen di ruang mandi awam. Kalau harga biasa public onsen, harga cuma sekitar JPY420. Tapi dengan pengalaman private bath onsen, harga untuk servis ini dari JPY3000 ke atas.

Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei
 

Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei Harga JPY3240
 

Apa faedah mandi Onsen? Mengikut Sains, air asid yang berada dalam air panas Onsen dipercayai memudahkan neuralgia, mengurangkan kesakitan otot dan gejala penyakit kulit kronik. Ia juga dapat melegakan keletihan dan tekanan kronik. Selain itu, air mata onsen ini memberi tenaga kepada metabolisme manusia.

Neuralgia adalah gangguan rasa sakit yang disebabkan oleh masalah pada sinyal saraf di sistem saraf
 

Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei

Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei

Private Bath Onsen Noboribetsu Sekisui-Tei  Harga JPY3240

Private Bath Onsen Noboribetsu Sekisui-Tei  Harga JPY3240
 

Untuk Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei ini, ada akan diberikan satu bilik mandian Onsen. Bilik ini sebesar kira-kira 300 meter persegi dan mempunyai ruang hall yang mempunyai kerusi dan TV untuk ruang santai. Di sediakan juga bilik air dan juga kemudahan Mini Fridge serta kelengkapan toiletries.

Di satu bahagian di sediakan kolam mandi yang boleh memuatkan sehingga 4 orang. Jadi, kalau anda datang dengan pasangan, ia adalah tempat mandi onsen paling sesuai untuk anda nikmati semasa bercuti di Noboribetsu, Hokkaido.
 

Private Bath Onsen Noboribetsu SekisuiTei  Harga JPY3240

Private Bath Onsen Noboribetsu Sekisui-Tei  Harga JPY3240

Private Bath Onsen Noboribetsu Sekisui-Tei  Harga JPY3240

Air panas di dalam kolam mandi sudah disesuaikan dengan suhu panas yang sesuai untuk mandian Onsen. Ia mempunyai buih Jakuzi dan mempunyai pemandangan luar yang cantik. Segala kemudahan mandian seperti sabun, berus mandi, berus gigi dan juga tuala serta kelengkapan lain disediakan.

Ini antara pakej mandian mewah yang di tawarkan kepada pelancong, jika berkunjung ke Noboribetsu Hokkaido. Memang satu pengalaman terbaik merasai mandian sulfur Onsen cara orang Jepun. Pakej mandian selama lebih kurang 45 minit hingga 60 minit ini memang merehatkan badan dan memberikan kesihatan untuk saraf.

Kalau anda ke Jepun, ada peluang untuk mandian Onsen, please try it. Memang baloi. Untuk pakej mandian di Noboribetsu, boleh semak cadangan lokasi di sini TripAdvisor Noboribetsu Onsen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.