Site icon Travel Blogger Malaysia

Product Review Tiffin Gift Box Untuk Hadiah Yang Unik

Kami selalu juga terima suprise gift box dari klien dan rakan-rakan. Tapi yang ini, gift box paling menarik. Buka nsetakat isinya yang best, cara kemasan pakej dia memang sangat kreatif dan versatile. Sebab itu, kami nak kongsi, Product Review Tiffin Gift Box Untuk Hadiah Yang Unik. Isi dan Pakej sangat berbaloi dengan harga.

Tak pernah dengar nama syarikat ni sebelum ini. Mungkin kerana mereka fokus kepada klien korporat untuk operasi mereka. Ini kerana, gift box yang dihantar memang sangat cantik dengan isi kandungan yang pelbagai pilihan.

Baca : Unboxing Samsung Galaxy Tab A7 Lite

tiffin gift box

Product Review Tiffin Gift Box Untuk Hadiah Yang Unik

tiffin store gift box


 

Syarikat Tiffin Store ni berpusat di Kuala Lumpur. Dengan beroperasi sebagai syarikat membungkus produk untuk dijadikan hadiah kepada pelanggan mereka, konsep ini sangat menarik. Tidak hanya memfokuskan kepada satu produk sahaja, tetapi mereka mempelbagaikan jenis dan pilihan produk untuk kesesuai pelanggan mereka.

Kami menerima pakej bungkusan gift dari pihak Samsung Malaysia. Yang mana, dalam pakej ini kami menerima pilihan makanan biskut, kudapan kacang dan bertih jagung premium yang memang sedap, hasil dari produk-produk pilihan Tiffin Malaysia.

Jangkaan saya, pakej yang saya terima adalah dari pilihan Kategori Graze. Kotak ini mengandungi 3 tingkat barangan yang di susun cantik. Antara yang ada dalam kotak yang kami terima ialah Chilli Candied Nuts by Copper, Caramel and Kombu Butter Popcorn by Entier, Gula Melaka Biscuit, Calamansi Meringue with Vanilla Sable dan juga Brown Butter Granola.

Semua yang ada dalam box ini memang produk premium, dibungkus cantik di dalam botol jar dan sangat sedap. Terbaik lah!
 

Popcorn Sedap

 

Ada banyak lagi pilihan untuk anda pilih jika menggunakan khidmat Tiffin Store Malaysia. Tak silap kami, kalau nak letak produk lain pun boleh, bagi sahaja cadangan kepada mereka dan mereka akan uruskan sebaik mungkin mengikut bajet dan keperluan anda. Produk yang ada adalah produk cadangan sahaja dan menjadi produk pilihan pelanggan yang sebelum ini.

Bagi anda yang tidak pernah menggunakan khidmat mereka, jangan risau, khidmat mereka adalah professional dan boleh diharapkan. Ini termasuk untuk memilih produk-produk Halal Muslim sahaja bagi pelanggan-pelanggan Muslim.

Berminat untuk memberikan kejutan kepada keluarga, saudara dan rakan-rakan anda, boleh layari pelbagai pilihan hadia menarik dari laman website Tiffin Malaysia.

Exit mobile version