Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Produk Breastfeeding Support Set Philips Avent Untuk Isteri

Baby Kayla, anak ketiga MrJocko menggunakan Botol Susu Philips Avent. Mummy dia yang belikan sebab katanya ramai kawan-kawannya memang syorkan guna botol susu dan produk Philips Avent. Antara sebab utama kerana kualiti produk Philips Avent. Kedua sebab botol susu dan produk berkaitan dengan bayi Philips Avent adalah bebas BPA. Apa itu BPA? Korang boleh baca di entry lama MrJocko di ISU BOTOL SUSU BPA

 

 

produk bayi jenama Philips Avent
Produk Breastfeeding Support Set Philips Avent

 

 

Oleh sebab beberapa bulan sebelum melahirkan Baby Kayla, Mummy dia duk mintak suruh belikan produk Philips Avent untuk kegunaan baby baru. Katanya, biar lah kali ini berbelanja lebih sikit untuk kesihatan dan produk yang berkualiti untuk baby.

 

Alhamdulillah, ada rezeki lebih, maka minggu ni sempat la MrJocko singgah untuk beli set Philips Avent Breastfeeding Support Set (Set Sokongan Penyusuan) untuk Baby Kayla. Dalam set ini mempunyai Breastfeeding Single Pump Electric, Botol Susu Kanak-kanak, Botol Simpanan Susu, Krim dan beberapa produk sokongan untuk ibu-ibu menyusu.

 

 

 

Produk Breastfeeding Support Set Philips Avent

 

Produk Breastfeeding Support Set Philips Avent

 

Produk Breastfeeding Support Set Philips Avent

 

 

Kalau nak ikutkan, ini antara set penyusuan untuk ibu yang lengkap kerana ia membantu ibu-ibu khususnya yang berkerja seperti wife MrJocko memudahkan kerja-kerja penyusuan. Korang mesti tahu, susu ibu amat penting untuk anak-anak paling kurang sehingga mereka berumur 6 bulan. Kalau dapat menyusu lagi lama lagi bagus.

 

 

 

Produk Breastfeeding Support Set Philips Avent

 

Produk Breastfeeding Support Set Philips Avent

 

 

Memang betul, ramai yang dah bagi feedback kat MrJocko yang mengatakan mereka juga lebih yakin menggunakan produk Philips Avent.  Berbanding produk biasa, kebanyakkan produk lain tidak mempunyai set sokongan lengkap untuk ibu-ibu yang menyusu. Tambahan pula, ada peoduk seperti botol susu dan alatan yang digunakan untuk bayi terdedah kepada bahaya BPA.

 

Nampaknya Wife semakin happy bila dapat set lengkap sokongan penyusuan ibu dari Philips Avent ini. Tak rugi MrJocko beli produk jenis Philips Avent ini kerana ia memang berkualiti dan berbaloi-baloi.

 

Setakat ini, yang paling mudah ialah menggunakan bekas penyimpan susu dari Philips Avent. Senang sahaja disimpan dan senang dikeluarkan balik bila tiba masa untuk digunakan. Tambahan pula boleh guna bekas tu terus dengan cover yang disertakan untuk dipanaskan dalam microwave kalau nak cepat. Sangat mudah dengan Philips Avent.

 

Nanti MrJocko kongsi tentang kualiti susu dan bagaimana produk Philips Avent ini memudahkan kerja-kerja penyusuan Baby Kayla.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.