• Fri. Sep 22nd, 2023

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Kalau di Malaysia, kita ada banyak produk dari Jepun yang terbaik untuk kita guna dalam kehidupan seharian. Untuk kami, sudah bertahun kami ingat, kami gunakan sabun Attack, dari Kao Malaysia. Dulu-dulu. Tapi kini, perkembangan semasa, ada lagi beberapa produk produk paling popular jenama Kao Malaysia berbaloi untuk anda beli dan cuba. Sudah cuba pasti korang akan puas hati.

Sejak beberapa bulan ini, kami rasa ini produk terbaik untuk semua. Produk cucian bilik air Magiclean Stain & Mold adalah semburan pencuci terbaik untuk semua. Kami sendiri dah lama jumpa produk ini dan gunakan untuk membersih sinki, tiles bilik air dan dapur serta dinding. Sekali spray, kejap saja hilang kotoran degil.

Baca : Produk Jepun Yang Sangat Bagus

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli
 

Selain itu, pastinya sabun debu attack, sabun membasuh ini menjadi kegunaan kami sudah lebih 20 tahun. Kalau dulu, kami rendam dulu guna sabun ini dan kemudian basuh dengan menggunakan mesin basuh. Sekejap sahaja, kotoran boleh hilang. Kalau pakai mesin cucian tengah, mesti lagi besih berbanding cucian atas.

Dengar kata, satu lagi produk pilihan ramai pengguna ialah Magiclean 1Wiper. Kain pengelap seperti mop ini katanya sangat berguna untuk mengemop lantai. Kain mikro ini sangat berkesan memerangkap kotoran, debu, rambut dan banyak kotoran untuk kebersihan seharian.
 

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli
 

Untuk anda yang mungkin tak tahu, produk dari Kao Malaysia banyak mengamalkan konsep Kirei Lifestyle dalam pembuatan dan penggunaannya. Apa itu Kirei Lifestyle?

Mengenai Pelan Kirei Lifetyle

Sepanjang 130 tahun yang lalu, Kao telah berusaha memperbaiki kehidupan orang ramai dan membantu mereka merealisasikan gaya hidup yang lebih mampan — merangkumi Kirei Lifestyle. Perkataan Jepun ‘kirei’ menggambarkan sesuatu yang bersih, teratur dan cantik dengan serentak. Kumpulan Kao menubuhkan strategi ESGnya, Pelan Kirei Lifestyle pada April 2019, yang direka untuk menyampaikan visi gaya hidup yang lestari lagi mampan. Menjelang 2030, Kao menyasar untuk memperkasakan sekurang-kurangnya 1 bilion orang, untuk menikmati kehidupan yang lebih indah dan 100% daripada produknya meninggalkan impak alam sekitar yang menurut sains dapat ditampung oleh dunia kita dengan selamat.
 

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Untuk anda yang nak lihat banyak lagi produk-produk terbaik dari Kao Malaysia boleh semak di pautan laman web rasmi mereka di sini.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.