Site icon Travel Blogger Malaysia

Program Iftar KL Dataran Merdeka 2015

Program Iftar KL Dataran Merdeka 2015

Iftar Dataran Merdeka

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) memberi penjenamaan baharu kepada Festival Ramadan dengan menukarkan namanya kepada Program Iftar KL Dataran Merdeka 2015.

Menurut Cawangan Komunikasi Korporat JKKN, pertukaran nama baharu tersebut yang bersempena dengan My Festival 2015 adalah untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan yang membudayakan kegiatan kerohanian dan kesenian Islam, di sam­ping memupuk nilai-nilai murni menerusi penganjuran aktiviti.

Iftar KL 2015 akan berlangsung pada setiap hujung minggu iaitu pada 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015 (setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad).

Program Iftar KL Dataran Merdeka 2015

Program Iftar KL Dataran Merdeka 2015
Iftar@KL Dataran Merdeka : Kredit Gambar www.WazariWazir.com
Iftar@KL Dataran Merdeka

 

 

 

“Sebanyak 11 komponen pengisian aktiviti akan dilaksanakan oleh JKKN, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pelbagai agensi iaitu Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Tourism Malaysia, Islamic Tou­rism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Warisan Negara dan Masjid Jamek, Kampung Baru,” kata kenya­taan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara aktiviti yang bakal dilaksanakan semasa Iftar@KL #IftarKL termasuklah agihan bubur lambuk; pameran pelancongan masjid, iftar dan bubur lambuk di Malaysia; pertandingan dan persembahan nasyid Ramadan; tadarus al-Quran; majlis berbuka puasa; solat maghrib berjemaah; soal jawab agama; solat isyak dan tarawih berjemaah; dikir zikir; ce­ramah; malam kesenian Islam serta moreh.

Program Iftar@KL 2015 juga mendapat kerjasama daripada syarikat korporat termasuklah Takaful Ikhlas, Yayasan Pemba­ngunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Nescafe (Nestle), Julie’s, Adabi, Chriszen, Yeo’s, F&N, Al Meswak Mu’min dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Program Iftar@KL Dataran Merdeka 2015

Kehadiran imam dari Mekah, Syeikh Dr. Abdurrahman Al-Sudais pada 4 Julai bagi memimpin solat isyak dan tarawih berjemaah pasti merupakan saat yang ditunggu oleh umat Islam di sekitar Lembah Klang.

Selain itu, selebriti tanah air seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk M.Nasir dan Kumpulan Rabbani serta pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias dan Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood turut memeriahkan festival Iftar@KL Dataran Merdeka tersebut.

 

 

Exit mobile version