Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Program Mencari Ramli Musim 2 TV3 Tajaan Telekom Malaysia

Anda kenal dengan adik ini? Anda tahu siapa dia? Mahukan anda semua menjadi seperti dia, menjadi pemain bolasepak yang bertuah pilihan rakyat Malaysia menjadi ‘ikon’ dengan jolokan Ramli serta mendapat tempat dalam latihan intensif di Manchester United Soccer School (MUSS) dan berpeluang mendapat kontrak tajaan biasiswa bolasepak selama 3 tahun oleh Frenz United Football Academy? Inilah peluang anda di Program Mencari Ramli Musim 2 TV3 Tajaan Telekom Malaysia

Program Mencari Ramli Musim 2 TV3 Tajaan Telekom Malaysia

Mencari Ramli Musim 2

Dia lah pemain bertuah yang menjadi orang pertama memenangi gelaran Juara dalam Program ‘Mencari Ramli Musim 1’ tajaan utama oleh Telekom Malaysia dan Team Malaysia. Macamana? Anda berminat untuk menjadi seperti beliau???

 

Program Mencari Ramli Musim 2 

Program Mencari Ramli Musim 2 TV3 Tajaan Telekom Malaysia

Program realiti sukan bolasepak Malaysia, dibawah tajaan TM dan Team Malaysia kini kembali. Program Mencari Ramli Musim 2 sudah bermula dan kini sedang menjelajah ke seluruh negara membuat pemilihan pemain-pemain yang layak untuk menyertai pemilihan akhir Program Mencari Ramli Musim 2 untuk tahun ini 2013.

 

 

 

Program "Mencari Ramli Musim Ke 2" Telekom Malaysia

 

Program "Mencari Ramli Musim Ke 2" Telekom Malaysia

 

Program "Mencari Ramli Musim Ke 2" Telekom Malaysia

Mencari Ramli Musim Ke 2

Apa dia program Mencari Ramli Musim 2??? Ia adalah satu program realiti sukan yang mana mencungkil bakat baru dikalangan remaja untuk dipilih, di asah dan di didik supaya menjadi seorang bintang idola bolasepak dari Malaysia yang berkualiti. 

 

Dalam Mencari Ramli Musim Pertama, seramai 30 pemain remaja dipilih berdasarkan kebolehan mereka dalam permainan bolasepak. Mereka terdiri dari penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang. Bakat mereka diasah dan dibimbing dengan sebaik mungkin di Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk memilih pemain-pemain yang betul-betul berkualiti.

 

Hasilnya, salah seorang pemain ‘Finalis Mencari Ramli Musim 1’ sudah mendapat tempat bermain di U.S. Arezzo, sebuah Kelab Bawah 17 tahun di Itali sebagai seorang penyerang. Hebat bukan??? Anda teruja dan mahu menjadi seperti dia??? Boleh… 

 

Mencari Ramli Musim 2 ini masih mengekalkan konsep asal yang mana bertujuan mencari bakat, pemain yang punya semangat dan keinginan yang tinggi untuk menjadi seorang pemain bolasepak di bawah umur 16 tahun terbaik di Malaysia dan kemudiannya akan di pilih untuk menjalani latihan insentif di Manchester United Soccer School (MUSS). Sudah pasti, ia satu pengalaman yang tidak ternilai bagi mereka yang terpilih.

 

Antara objektif program realiti Mencari Ramli Musim 2 ini juga supaya dapat menyediakan platform kepada bakat-bakat bolasepak di Malaysia untuk menunjukkan bakat mereka kepada pihak yang lebih professional. Dalam masa yang sama, ia akan menaikkan lagi taraf permainan bolasepak di Malaysia selain ia membantu ibubapa melihat potensi bakat bolasepak sebenar yang ada dalam skil dan kebolehan anak-anak mereka. Secara tak langsung, aktiviti ini akan menaikkan juga semangat menyokong sukan bolasepak negara dan bersatu dalam satu suara Team Malaysia.

 

Jika anda punyai anak, anak saudara, adik, sepupu, kenalan atau sesiapa sahaja yang andda lihat punyai bakat dan kebolehan dalam permainan bolasepak, tidak kira dalam posisi penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah ataupun penyerang, luangkan masa untuk hadir dalam sesi pemilihan bakat ‘Mencari Ramli Musim 2’ di lokasi berhampiran anda.

 

Pemilihan sudah dibuat di Jitra, taiping, Manjung, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan. Tinggal lagi beberapa tempat, termasuk di Kuala Lumpur pada 20 April 2013 ini. Untuk jadual jelajah pemilihan pemain yang berkelayakkan untuk program Mencari Ramli Musim 2 ini, anda boleh semak jadual di sini : –

 

 

Program "Mencari Ramli Musim Ke 2" Telekom Malaysia
Program “Mencari Ramli Musim Ke 2” Telekom Malaysia

Rancangan Mencari Ramli Musim 2 akan bermula siaran di saluran TV3, pada Jumaat,19 April 2013 jam 7.30 malam sehingga 8.00 malam. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Ramli yang bertuah sebagai pemain bolasepak ternama dari Malaysia. Saksikan program Mencari Ramli Musim 2 ini di TV3, setiap Jumaat jam 7.30 malam dan luangkan masa untuk hadiri sesi jelajah pemilihan di lokasi berhampiran anda.

Maklumat lanjut layari TelekomMalaysia Mencari Ramli Musim 2 dan juga Facebook Team Malaysia

Mencari Ramli Musim Ke 2 

Kalau boleh, Mencari Ramli Musim 2 akan dapat mencungkil seorang ‘Ramli’ yang punyai ciri-ciri pemain yang lebih berkualiti. Punyai bentuk badan yang tinggi, tegap dan kaki yang panjang supaya laju dan dapat berlari pantas. Punya sifat maskulin dan pandai beraksi di atas padang. Ada ciri-ciri kreatif dan bijak bila bercakap serta seorang yang merendah diri, tetapi tegas ketika bermain. Akhir sekali, semestinya punya raut wajah yang ‘macho’ seperti Robin Van Persie, Ronaldo serta Messi supaya ia akan menjadi ikon kepada peminat wanita. 

 

MrJocko pun nak menjadi “Ramli” tetapi sayang, umur sudah tua. Harap lepas ni ada peluang untuk anak MrJocko pulak menjadi ikon yang bergelar “Ramli”.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.