Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Projek BAIK Punya, Tukar Kereta Ferrari

Selepas berbulan-bulan makan Mee Maggi, Air Suam dan jugak mandi sekali sehari, nak jimat punya pasal, akhirnya cita-cita MrJocko nak beli Ferrari tercapai jugak. Alhamdulillah.
Projek bermula hari Rabu lepas, kat area KL jer pun. MrJocko dah order seminggu dan kejap jer dah boleh dapat. Stok memang dah ada. Eh! sebenarnya bukan tukar Ferrari, tapi seat seperti kereta Ferrari. 🙂 Hahahaha… mana la mampu nak beli kereta Ferrari yang berjuta tu.
Mula-mula ingat nak ambik yang jenis PU ni, tapi bila tanya geng-geng yang terer bab modified kereta ni, masing-masing cakap panas. Kalau kulit okay sikit. Ermmm… last last MrJocko ambik yang fabrik sahaja.
Projek bermula dengan mengeluarkan seat lama, dan disumbat ke dalam bonet kereta. Kemudian digantikan dengan seat baru. Senang sahaja, plug and play. Tak susah pun. Tak sampai 30 minits semua sudah siap, Yeay !!!… Tahun ni MrJocko beraya dengan seat baru…

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.