Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Projek ECRL Kuala Lumpur Kelantan Jadikan Perjalanan 4 Jam Sahaja

Projek ECRL Kuala Lumpur Kelantan Jadikan Perjalanan 4 Jam Sahaja. Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur sebelum ini memakan masa sekitar 6 jam dan kadang-kadang sehingga 12 jam bila tiba musim perayaan. Waktu perjalanan panjang ini dapat dipendekkan hanya dalam tempoh empat jam menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada 2024.

Kalau nak tahu, Projek ECRL Laluan Pantai Timur ini memang di tunggu. Ia akan melibatkan beberapa lokasi dari Kuala Lumpur Kelantan railways ini dalam peringkat pemeriksaan awam membabitkan cadangan laluan kereta api elektrik dari Wakaf Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 kilometer. Projek ECRL ini dijangka akan dimulakan pembinaannya pada Julai 2017 ini.
 

Baca : Tempat Menarik di Kelantan Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020

 


Projek ECRL Kuala Lumpur Kelantan

projek ECRL Kuala Lumpur Kelantan
 

Nampaknya, kalau Projek Keretapi Laju ECRL Railways ini siap, destinasi Kelantan akan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Samada warga Malaysia atau pelancong akan senang bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan, Terengganu dan juga Pahang.

 

Projek ECRL menyediakan perkhidmatan di semua pusat bandar utama di pantai timur, mempunyai 12 stesen penumpang, dua stesen kargo serta sembilan stesen penumpang dan kargo. Wah!!! Nampaknya ia boleh meningkatkan taraf ekonomi rakyat sekitar kawasan stesen Keretapi Laju ECRL.

 

Projek ECRL Kuala Lumpur Kelantan

Yang menarik, untuk teknologi ini, landasan keretapi ECRL direka kalis banjir dengan binaan ketinggian landasan atas paras selamat banjir dan satu terowong pengangkutan terpanjang sejauh 18 kilometer dibina menghubungkan Bentong, Pahang dan Gombak.

Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi Projek ECRL Kuala Lumpur Kelantan ini dan harap-harap ia akan siap seperti yang dirancangkan. Dengan kemudahan seperti ini, ECRL pastinya akan memberikan impak positif kepada semua, khususnya rakyat di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang.

Layari www.ECRL.com.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.