Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Projek Green Hope

“Helo, JK. Jadik tak pagi ni?”
“Jadi… 9.00am, jumpa kat Annex. Jam 10.30 sampai Sg Buaya kot.”
“Ok.”
“Projek Green Hope”

Aku sampai kat Annex dlm kul 9.00am, lepas tu pegi siapkan dokumen yg patut. Susun barang2 yg nak di bawa. Hafiz sampai dlm jam 9.30am. Lepas tu, Deela tolong susun kotak. Sambil aku, Hafiz dan Raju angkat dan susun kotak barang2 ke dlm VAN.

9.30am kami bergerak dr bank. Jam 10.30am kami sampai di Bdr Sungai Buaya. Abg KK sudah menunggu kami di sana utk ke Maahad Tahfiz Darul Quran.

Setiba di sana, kami di sambut oleh Pengetua Tahfiz, Ustaz Mohd Nurulhaq serta pelajar2 Maahad. Hampir separuh dr mereka adalah anak2 yatim dan piatu berumur sekitar 3 tahun sehingga 19 tahun. Pelajar2 yg seramai 43 org ini, termasuk 5 tenaga Ustaz sama2 mendiami Madrasah Tahfiz yg juga merupakan Asrama mereka.

11.00am kami bertolak ke Tadika Islam Saran, bagi aktiviti yg seterusnya. Kami di sambut oleh Ustaz Mahyidin Hamat selaku Pengerusi Sek. Ren. Islam Saran. Di sini, seramai 13 orang anak yatim dan piatu diraikan bersama2 5 org tenaga pengajar (Ustaz dan Ustazah).


Kami juga diraikan dgn jamuan yg ringkas dan sedap. Terima kasih kpd pihak Ustaz dan Ustazah sekalian.

Program selesai pada jam 1.00tghari dan kami bertolak balik ke KL. Penat & letih, sepanjang perjalanan dr Sg Buaya ke KL, aku tido dlm Van. Sambil puas hati bila tgk ukiran senyuman anak2 Yatim Piatu yg kami jumpai. Bersyukur atas apa yg pernah kita dpt, kerana org lain punyai hidup yg jauh lebih susah dr apa yg penah kita alami.

Terima kasih kpd KK, Hafiz, Deela serta Raju kerana sanggup luangkan masa utk projek ini.

p/s: Projek Green Hope akan dtg Rumah Anak Yatim 8 September 2007 – Negeri Sembilan.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.