Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Projek Makan Brolly Menara Felda : Video

MrJocko ke Brolly Menara Felda sekali lagi. Kali ini mencuba menu lain, menu baru dari dapur Brolly Menara Felda. Tapi untuk kali ni, MrJocko bersama-sama Bro Eddie Putera nak kongsi dulu video Projek Makan kami di Brolly Menara Felda. Video by Eddie Putera EPVisions dengan kerjasama Brolly.

Brolly sebuah restoran makan kasual yang kini telah bertapak kukuh mewakili intipati masakan ‘premium’ dari seluruh dunia. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, yang terkenal di seluruh dunia sebagai syurga pencinta makanan ini. Di bandar moden ini pelbagai pilihan makanan dari citarasa tempatan ke masakan antarabangsa, yang dibuat daripada produk tempatan atau hasil segar yang diimport.

Restoran Brolly, anda akan mengalami semua keseronokan citarasa eksklusif terbaik di bawah satu bumbung. Di sini, anda akan mendapat merasai pilihan pelbagai citarasa ketam premium, lobster, tiram dan keenakkan daging panggang segar. Semua terbaik, dikumpulkan di sini, hanya untuk anda.

 

 

 

 

Restoran Brolly Menara Felda KL
Restoran Brolly Menara Felda

 

 

 

 

 

Restoran Brolly terletak di tingkat bawah Menara Felda, yang terletak di kawasan elegan dan berprestij di Persiaran KLCC. Cuma 15 minit dari KLCC dan boleh diakses melalui pengangkutan awam atau cukup jika anda mahu berjalan kaki sahaja. Tempat letak kereta luas boleh didapati di sekitar kawasan tersebut.

Trademark mudah untuk temui Restoran Brolly, sebuah ‘Bas Merah’ terang yang diletakkan di luar restoran signature Brolly ini dikenali sebagai Bang Bang Baller Bar.

Konsep Restoran Brolly Menara Felda memang unik dengan berkonsepkan ruang bilik pameran kenderaan auto dengan daya tarikan garaj dan Hubcaps serta peralatan yang menghiasi dinding.

Hanya di Restoran Brolly, suasana yang santai, terang, berwarna-warni dan menarik, sama seperti pengalaman makanan yang menanti anda di meja itu.

Dapur Brolly dibuka setiap hari jam 11:00 pagi hingga 10:30 malam dan menu yang ditawarkan ialan pengalaman gastronomi pengasasnya TY Ooi, seorang ‘Penyelam Scuba’ dan gemar mengembara. Atas pengalaman yang luas ini TY Ooi telah mencipta pilihan resipi terbaik dunia dan dikongsikan dalam menu Brolly Menara Felda, Crab Factory SS2 serta Crab Hut Cyberjaya untuk dikongsikan rasa ‘terbaik menu makanan’ kepada anda semua.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.