Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hari Minggu Kami Buat Projek Nyah Kutu Anak Kucing

Hari Minggu Kami Buat Projek Nyah Kutu Anak Kucing. Sabtu lepas, tiba masa untuk bawa ibu kucing, si Kitty dan anak-anaknya ke Vet atau ke Klinik Haiwan. Cadang asal nak cari doktor haiwan yang berdekatan, tetapi rupanya banyak pulak Klinik Haiwan area rumah MrJocko tutup. Terpaksa la singgah di satu Kedai Haiwan peliharaan di Jalan Kuching. Brader ni pun memang pakar dalam bab kucing ni, kerana dia memang pernah tulis Buku pasal Kucing.

Pusat Kucing Ikhlas, di mana lokasinya di Jalan Kuching dekat dengan BHP Jalan Jambu Mawar. Kat sini memang ada jual barang-barang keperluan Kucing seperti makanan, makanan tambahan, ubat-ubatan, aksesori, boarding dan juga grooming.

Baca : Anak Kucing Comel Keluarga Kami

 


Hari Minggu Kami Buat Projek Nyah Kutu Anak Kucing

Projek Nyah Kutu Anak Kucing
Projek Nyah Kutu Anak Kucing

 

Projek Nyah Kutu Anak Kucing

 

 

Projek nyah kutu anak kucing ini memang dah lama nak buat, tetapi MrJocko tunggu sehingga umur anak kucing ni lebih dua minggu sebab tak nak ada kesan sampingan. Bila selepas umur 14 hari, baru la rasa confident untuk spray ubat kutu dan hapuskan kutu untuk kesihatan mereka. Projek buang kutu kali ini kami guna Semburan Frontline, ubat kutu yang memang di akui terbaik.

Alang-alang dah hantar ibu dan anak-anak, MrJocko buat sekali, potong kuku si ibu, buang kotoran di telinga, spray ubat kutu Frontline, vaksin, ubat cacing, ubat vitamin dan susu kambing untuk makanan tambahan si ibu. Untuk anak kucing pula, hanya buat semburan ubat kutu Frontline sahaja. Total cost RM120 sahaja. Ok kan???

Sekarang, kami senang hati sikit. Lepas ni boleh la beli Spray Kutu Frontline dan buat kat rumah setiap bulan. Buat sekali sebulan dah cukup. Lepas tu beri anak kucing ni makan ubat cacing dan kemudian selepas sebulan dah boleh hantar untuk vaksin.

Gembira kami sekeluarga sikit bila tengok anak-anak kucing ni dalam keadaan sihat. Hari-hari duk layan si anak Bulus ni kat rumah dan terhibur dengan gelagat si Mia (Calico) dan Kiki (Oren).

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.