Projek Tukar Tank Cover Ducati Monster 795 Cara Mudah
|Semalam, MrJocko berjaya dapatkan set Tank Cover baru Ducati Monster 795 warna merah, warna asal Ducati dari pemilik Monster 795 yang sudah jual Ducati beliau minggu lepas. Sebab itu, MrJocko dengan bantuan bro Man Raja Lawak memulakan Projek Tukar Tank Cover Ducati Monster 795.
Cara nak tukar Tank Cover Ducati Monster ni sebenarnya tak susah sangat, ia cuma perlukan 2 saiz Allen Key untuk membuka 11 skru di atas tangki dan juga 5 skru di tepi tangki, tank cover Ducati Monster.
Baca : Meminang Janda Ducati Monster Yang Montok
Projek Tukar Tank Cover Ducati Monster 795
Tukar Tank Cover Ducati
Step mula-mula yang perlu anda ikut untuk buka tank cover Ducati Monster 795 ini cuma 2 saiz Allen Key sahaja. Buka cover tank tu dan kemudian anda akan nampak badan tangki minyak dan juga panel bateri untuk Ducati Monster. Cara ini juga untuk menukar bateri motosikal Ducati Monster ini jika ada masalah bateri di kemudian hari.
Pastikan anda membuka skru dengan sepenuhnya dan mengetatkannya dengan sempurna untuk megelakkan kerosakkan skru atau kerosakkan cover.
Spesifikasi Ducati Monster 795
Displacement : 803 cc
Maximum Power : 85.8 Bhp @ 8250 rpm
Maximum Torque : 78 Nm @ 6250 rpm
Number of Cylinders : 2
Emission Standard : Euro 3
Number of Gears : 6
Seat Height : 770 mm
Ground Clearance : 167 mm
Kerb/Wet Weight 187 kg
Fuel Tank Capacity : 15 litres
Projek tukar cover tank Ducati ini nampaknya memang mudah tetapi memerlukan ketelitian untuk memastikan supaya anda tidak merosakkan cover dan juga skru allen key tidak hilang. Kalaulah dalam proses tukar cover tank itu hilang, payah nak cari stok baru sebab banyak skru yang ada adalah agak terhad.
Kalau ada jual pun, harga mahal yang amat. Macam tak berbaloi…
Tank cover yang lama, warna hitam tu, mungkin MrJocko akan bawa untuk di buat warna baru dan rekaan warna airbrush mengikut citarasa baru.
Lepas tukar cover tank Mosnter 795 ni, mula la fikir nak buat benda lain pulak. Sekarang tengah fikir nak warnakan tank cover ini dengan warna apa? Apa pendapat korang, warna apa yang cantik untuk Motosikal Ducati Monster 795?