• Fri. Sep 22nd, 2023

Projek Vaccine Dan Deworm Kucing Oreo Di Veterinar

Baru sehari Oreo bersama keluarga kami. Oreo, seekor kucing ‘mixed breed’ long hair Persian kami baru adopt dari seorang pemilik kucing dari Manjalara. Oreo, anak kucing jantan berumur 2 bulan dan masih belum di vaksin dan diberi ubat cacing. Ini cerita Projek Vaccine Dan Deworm Kucing Oreo Di Veterinar.

Oleh kerana kucing diawal umur beberapa bulan ni perlu dapatkan suntikan Vaksin dan juga ubat cacing (vaccine dan deworm kucing ), maka jenuh la MrJocko google kat internet info tentang harga perkhidmatan vaccine dan deworm haiwan peliharaan kucing ini. Terjumpa info yang sangat berguna tentang kadar bayaran Perkhidmatan di Klinik Veterinar bagi haiwan peliharaan seperti kucing di laman web Kujie2U. Bila tahu berapa kos perkhidmatan untuk vaksin, deworm dan sebagainya, MrJocko pilih nak hantar Oreo ke Klinik Haiwan (Veterinar)

Projek Vaccine Dan Deworm Kucing

Vaccine Dan Deworm Kucing

Sebab tak nak bagi Oreo sakit, tadi sebelum Asar, kami bawa Oreo ke Klinik Veterinar berdekatan dengan rumah untuk projek Vaccine Dan Deworm Kucing. Sampai sahaja, terus masuk jumpa doktor. Buku Rekod dibuat khas untuk oreo sebagai rekod suntikan dan rawatan. Pembantu klinik memeriksa hidung, mulut, telinga dan bulu kucing untuk memastikan keadaan tubuh badan Oreo agar tiada penyakit yang merbahaya.

Anak Kucing Parsi Oreo – http://www.mrjocko.com/2014/01/anak-kucing-parsi-putih.html

Projek Vaccine Dan Deworm Kucing

Vaccine and Deworm

Vaccine and Deworm

Lepas pemeriksaan, doktor membuat suntikan vaksin (vaccine) di celah pangkal kaki dan masukkan ubat cacing (deworm) untuk memastikan kucing tidak diserang penyakit cacing. Selepas doktor haiwan tu buat pemeriksaan, tak sampai 2 minit, semua selesai. Nampak Oreo seperti menangis. Badannya terketar-ketar, mungkin kerana takut dan sakit dicucuk vaksin.

Sepanjang jalan balik ke rumah, Oreo mengiau tak henti. Kesian la pulak. Harap-harap Oreo tak demam dalam 2-3 hari ni kerana doktor kata, biasanya kalau kebiasaannya, kucing akan demam selepas kena suntik vaksin. Satu lagi, selepas cucuk vaksin, kucing tak boleh dimandikan dalam tempoh seminggu.

So, untuk vaksin dan deworm kucing seterusnya, kena tunggu selepas 3 bulan. Kemudian, lagi 3 bulan dan seterusnya 1 tahun selepas itu. Jarak vaksin ni hampir sama dengan jarak suntikan pelalian bayi selepas dilahirkan. Harap Oreo sentiasa sihat, anak-anak happy kat rumah dapat main dengan Oreo.

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.