Anda mungkin pernah dengar destinasi pelancongan di Thailand yang diberi nama Chiang Mai. Mungkin anda jarang dengar bagaimana pihak hotel, travel agent atau syarikat yang berkaitan pelancongan di Chiang Mai mempromosikan produk mereka di Malaysia selain dari Matta Fair atau Travel Fair. Ini lah masa untuk Promosi Chiang Mai Roadshow di Kuala Lumpur.
Kalau anda nak tahu, ada beberapa sesi perkongsian destinasi yang menarik, pakej terbaru, tawaran pakej berkumpulan serta banyak lagi antara pengamal pelancongan termasuk hotel, travel agent atau syarikat di Chiang Mai kepada wakil pelancongan di Malaysia.
Dalam sesi perkongsian maklumat seperti Chiang Mai Roadshow di Kuala Lumpur seperti ini, pihak yang menyediakan servis serta produk pelancongan di Chiang Mai dapat menawarkan pelbagai pakej menarik kepada wakil pelancongan di Malaysia, termasuk Travel Agent atau syarikat yang berminat menggunakan khidmat mereka.
Baca : Pakej Menarik di Chiang Mai Thailand
Promosi Chiang Mai Roadshow
Promosi Chiang Mai Roadshow
Untuk info, ini adalah salah satu usaha terbaik dari pihak Tourism Authority of Thailand kepada industri pelancongan di Thailand khususnya untuk memperkenalkan produk Amazing Thailand kepada pelancong luar.
MrJocko memang kagum dengan usaha pihak ‘Tourism’ seperti ini yang berterusan menyokong usaha promosi produk pelancongan kepada semua dalam pelbagai bentuk promosi seperti TV, Radio, Online, Majalah, Suratkhabar, Media Sosial dan banyak lagi.
Sesi Roadshow seperti Chiang Mai Roadshow in KL ini memang memberikan peluang perniagaan kepada dua dua belah pihak di Thailand dan Malaysia untuk kerjasama dalam promosi produk pelancongan mereka secara berterusan.
Chiang Mai, Thailand memang banyak destinasi menarik. Rancang trip anda, Chiang Mai antara lokasi yang menarik untuk anda kunjungi di Thailand.