Promosi Crazy Bag Red Lobster Di Crab Hut Asia Cyberjaya
Mungkin ada yang tengah berkira nak cuba menu Lobster untuk meraikan sesuatu atau sekadar untuk menu makan tengahari atau makan malam. Apa lagi, boleh segera ‘grab’ opportunity dengan peromosi Crazy Bag Red Lobster di Crab Hut Asia Cyberjaya.
Promosi Monthly Crazy Bag bagi permulaan tahun baru ini menawarkan pakej 2 pcs Red Lobster dengan sekitar berat 800 gram dengan hanya harga RM155 sahaja berbanding harga biasa RM179. Menarik bukan lobster segar ini dengan tawaran harga murah?
Tidak hanya dengan tawaran ini, di Crab Hut Asia Cyberjaya ini juga ada banyak pakej promosi lain termasuk pakej Happy Hour, makan tengahari yang memang berbaloi untuk anda cuba pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 3.00 pm hingga 5.00 pm. Untuk menu ini, mungkin anda bileh cuba Ketam dan Udang, Mussels dan Udang atau Yabbies dan Udang yang sememangnya menjadi pilihan utama menu makanan di Crab Factory, Brolly atau di Crab Hut sendiri.
Tidak lupa juga bagi rakan-rakan yang ingin mencuba menu Tahun Baru Cina di Crab Hut, ini juga peluang anda untuk mendapatkan menu menarik samada Salmon Sashimi dengan hanya RM32 atau Yee Sang dengan hanya RM98 sahaja. Banyak pilihan di Crab Hut Asia Cyberjaya, apa kata cuba dulu keenakkan rasa seafood yang segar di sini dan kongsi kenikmatan rasa Ketam, Yabbies, Lobster, Udang, Sotong dan banyak lagi menu seafood di rangkaian restoran Crab Factory, Brolly dan kini Crab Hut Asia.
Related Posts
-
Santuari Ikan Sungai Chiling Hulu SelangorNo Comments | Mar 27, 2019
-
Lanson Place Hotel Hong Kong Penginapan Di Causeway Bay HK3 Comments | May 1, 2018
-
Kenapa Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?
7 Comments | Mar 6, 2013 -
Food Review Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur1 Comment | Aug 14, 2019
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.