Promosi Harga Samsung QLED TV Selama 3 hari Sehingga 30 Peratus
|Musim perayaan kini datang lagi. Bersempena dengan pelancaran Samsung QLED TV baru-baru ini, pihak Samsung Malaysia turut melancarkan Promosi Harga Samsung QLED TV Selama 3 hari Sehingga 30 Peratus diskaun kepada model-model terpilih dalam rangkaian produk TV mereka.
Mengikut wakil Samusng Malaysia, dalam sambutan ketibaan TV Q8D Samsung 2018 di Malaysia minggu lepas, Samsung Malaysia Electronics teruja untuk mengumumkan tawaran pelancaran Promosi Harga Samsung QLED TV dalam talian eksklusif kepada kesemua pengguna di Malaysia dengan harga yang menarik.
Baca : Harga TV Samsung Saiz Paling Besar
Promosi Harga Samsung QLED TV
Samsung QLED TV direka untuk era Paparan Pintar, yang mana model ini mempunyai barisan kelebihan elemen rekaan dan penambahbaikan dalam fungsi QLED TV terutamanya dengan fungsi ‘Magic Screen’ dan ‘Smarthing’. Fungsi-fungsi ini menawarkan kualiti gambar yang lebih jelas, lebih baik dan punyai intuitif dalam rekabentuk yang bergaya.
Baca : MrJocko dan Produk Samsung
Untuk pembelian produk terkini Samsung QLED TV model 2018, samada model Q9F, Q8C atau Q7F, pembeli boleh memilih untuk menerima pakej hadiah terpilih untuk membolehkan mereka melengkapkan pengalaman menonton (cinematic) terbaik dirumah dengan sistem Samsung. Antaranya :
‘The Ultimate Care Package’
PERCUMA 2+3 tahun lanjutan Warranti dan Samsung Soundbar bernilai sehingga RM5,282.
atau
‘Total Entertainment Solution’
PERCUMA produk Samsung Atmos Soundbar untuk pengalaman cinematik mendalam bernilai sehingga RM5,659.
atau
‘The Perfect Gaming Companion’
PERCUMA monitor Samsung’s QLED Curved Gaming untuk pengalaman Kaki Game bernilai sehingga RM4,150.
Kalau la ada bajet, MrJocko teringin nak beli Samsung QLED TV model bersaiz 65 inci Curve. Model ini antara model yang cantik dari segi rekaan dan juga punyai banyak kelebihan dari segi mutu kualiti gambar dan juga bunyi yang tersedia. Bayangkan kalau siaran dalam HD dan punyai kelengkapan sokong bunyi tambahan yang bagus, ia menjadikan pengalaman menonton di rumah seperti menonton di pawagam.
Untuk beberapa minggu lagi, siaran Piala Dunia 2018 Russia akan menemui peminat bolasepak seluruh dunia. Pasti, model Samsung QLED TV ini antara model terbaik untuk anda miliki.
Tawaran pelancaran eksklusif Promosi Harga Samsung QLED TV ini akan berlangsung dari 4 hingga 6 Jun 2018. Oleh itu, cepatlah, lakukan pesanan anda dan tingkatkan pengalaman menonton TV anda ke tahap yang baru!
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, sila lawati
www.samsung.com/my/offer/tv-launch-2018.