Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Promosi Harga Tiket Murah FlyScoot Ke Destinasi Seluruh Dunia

FlyScoot dan TigerAir yang baru bergabung kini giat mempromosikan destinasi menarik penerbangan mereka dengan menawarkan harga tiket penerbangan yang sangat murah. Promosi Harga Tiket Murah FlyScoot Ke Destinasi Seluruh Dunia. Untuk tempoh terhad ada banyak promosi tiket murah di FlyScoot.

Tidak hanya promosi tambang tiket murah di Asia, mereka juga menawarkan harga tiket murah FlyScoot ke Australia, Greece, Filipina dan banyak lagi destinasi laluan mereka.

Promosi Harga Tiket Murah FlyScoot

Promosi Harga Tiket Murah FlyScoot

 

Tawaran harga tiket murah ini bermula dari tarikh Selasa, 25 Julai 2017 sehingga Ahad, 30 Julai 2017. Dengan promosi ini, korang boleh dapatkan harga tiket murah ke Perth serendah harga RM275 sahaja, melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

Bayangkan ada banyak lagi tiket murah ke Athens serendah RM795, Melbourne RM395, Gold Coast RM325, Jakarta RM115, Kalibo Boracay RM195 dan banyak lagi.

Pendek kata, tawaran kali ini antara tawaran yang menggiurkan semua pengembara. Kalau nak lebih untung, beli sahaja tiket ke Athens dan boleh ke sana teroka Greece yang terkenal dengan kisah Greek dan Yunani. MrJocko jamin korang akan terpesona dengan keindahan Greece yang tidak seperti destinasi lain sebelum ini.

Mana lagi korang nak cari tiket semurah RM795 dari Kuala Lumpur menuju ke Athens, Greece? Hanya di FlyScoot.

 

Promosi Harga Tiket Murah FlyScoot Promosi Harga Tiket Murah FlyScoot flyscoot promotion

 

MrJocko sendiri pernah terbang dengan FlyScoot dari Kuala Lumpur ke Singapura dan menuju ke destinasi Athens, Greece. Memang menarik dengan penerbangan TigerAir dari Kuala Lumpur ke Singapura dan menaiki FlyScoot 787 Dreamliner ke Athens. 

Dari segi pengurusan untuk Check-in kaunter, boarding dan susunan ketika dalam penerbangan, servis FlyScoot setakat ini memang memuaskan. Walaupun baru, tetapi mereka punyai ciri-ciri kualiti yang semakin dipertingkatkan. Dengan harga murah seperti ini, lebih berbaloi untuk terbang ke destinasi pilihan korang dengan FlyScoot samada dari Kuala Lumpur atau dari Changi Airport Singapura.

Jangan risau, setiap penerbangan FlyScoot ada menu makanan halal. Korang boleh baca pengalaman MrJocko makan menu halal in-flight menu FlyScoot di sini http://www.mrjocko.com/2017/07/menu-halal-flyscoot-in-flight-menu.html

Nak cari harga tiket penerbangan murah dengan FlyScoot boleh cari di sini http://www.flyscoot.com/en/sg-scootnow?utm_source=facebook&utm_medium=social&utm_campaign=250717-sg-1aocsale&utm_content=launch

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.