• Tue. Oct 3rd, 2023

Promosi Itinerary Pakej Korea Special Winter 2023

korea-special-winter-terlajak-travel-0128631619-00

Ramai dah tanya ni pakej murah musim sejuk ke Korea tahun 2023. Nampaknya ramai yang berminat dengan pakej kembara winter, namun masih lagi mencari pakej sesuai dan syarikat Travel Agency yang terbaik untuk mereka pilih. Oleh itu, untuk korang kaki kembara, aku nak share pakej istimewa yang kami ada, ini dia harga Promosi Itinerary Pakej Korea Special Winter 2023, pakej terbaik terbang ke Incheon Korea dengan Malaysia Airlines.

Apa yang kami tawarkan ialah termasuk penerbangan dari KLIA ke Incheon. Perjalanan sepanjang tempoh kembara menggunakan bas yang selesa. Penginapan selama 4 malam di hotel bertaraf 3 Bintang. Makan dan minum sepanjang perjalanan. Tiket masuk ke Nami Island, Gyeongbokgun Palace dan Soyanggang Skywalk. Tour Guide dan Tour Leader sepanjang program serta bayaran Tips kepada Pemandu dan Tour Guide. Semua yang di atas, termasuk dalam pakej kami.

Baca : Pakej Musim Sejuk Korea 2023

Promosi Itinerary Pakej Korea Special Winter 2023

Promosi Itinerary Pakej Korea Special Winter 2023

korea-special-winter-terlajak-travel-0128631619-00
Promosi Pakej Korea Special Winter

 

Tidak dinafikan, landskap pemandangan di Seoul ketika musim sejuk memang terbaik. Kiri kanan depan belakang anda akan lihat salji yang memutih. Kala korang bernasib baik, akan merasa snowing ketika berada di bandaraya Seoul ini. Lebih-lebih lagi jika ke kawasan yang agak tinggi sedikit seperti di Nami Island atau Elysian Ski Resort.

Hari pertama kita akan berkumpul di KLIA dan berlepas ke Seoul pada jam 11.30 malam. Esoknya akan sampai di Incheon Airport.

Hari kedua, selepas touch down, kami akan bawa klien kami terus ke Nami Island dan Ski Resort. Hari itu juga kami bagi korang merasa berjalan di jambatan kaca Soyanggang Walk dengan pemandangan tasik dan sungai yang luas. Menikmati lokasi Petite France, sebuah bandar kecil buatan yang membuatkan anda seolah-olah berada di Perancis.
 

korea-special-winter-terlajak-travel-0128631619-01
 

Hari Ketiga, kami akan bawa anda menikmati sejarah lama Korea di Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, Gwanghmun Gate dan Bukchon Hanok Village. Hari ini juga kami bawa korang untuk shopping di beberapa kedai Duty Free Shop bagi yang Kaki Shopping. Malam, kami bawa anda singgah di street terkenal di Seoul, Myeongdong dan Namdaemun Market. Tidak lupa, kita lihat pertunjukkan lampu di Cheonggyecheon Stream.

Hari Keempat, kami beri peluang kepada klien kami sesi Free & Easy. Hari ini, peserta boleh ke mana-mana sahaja dengan perbelanjaan sendiri untuk meneroka bandaraya Seoul. Kami sediakan sarapan pagi, tetapi makan tengahari dan makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri.
 

korea-special-winter-terlajak-travel-0128631619-02
 

Hari Kelima, kami akan bawa korang ke lokasi popular di kawasan Gangnam. Terletak di dalam COEX Mall, Starfield Library tempat ootd ramai pelancong seluruh dunia. Perpustakaan awam ini kini menjadi ikon baru Seoul dan memang menjadi tarikan utama kalau ke Korea Selatan.

Selepas ini ke Apgujeong Rodeo Street, Seaweed Museum, Hanuel Park, Itaewon Street dan juga ke masjid terbesar di Korea Selatan, iaitu Seoul Central Mosque. Hari ini juga kami bawa klien untuk shopping untuk memenuhi syarat kaki shopping yang ada.
 

korea-special-winter-terlajak-travel-0128631619-03
 

Memandangkan hari terakhir, kami akan bawa korang semua bermalam semalam di Incheon, dekat dengan lapangan terbang supaya kita tidak akan terlepas penerbangan. Insyallah, kesemua itinerary ini antara pilihan terbaik untuk semua klien, khususnya mereka yang belum pernah ke sini.

Hari Keenam, kita akan menaiki penerbangan di sebelah pagi dan insyaAllah akan sampai di KLIA sekitar jam 4.30 petang.

Berminat? Boleh cari MrJocko di talian : +60128631619. Jumpa di Korea yer…

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.