Promosi Murah AirAsiaGo Musim Sakura Bawa Anda Ke Jepun Taiwan Korea
|Musim Bunga Sakura sudah nak kembali. Peminat Bunga Sakura (Cherry Blossoms) sudah boleh mula merancang untuk beli pakej melancong ke Jepun Taiwan dan Korea. Kalau nak tahu ada Promosi Murah AirAsiaGo Musim Sakura Bawa Anda Ke Jepun Taiwan Korea serendah RM799/seorang termasuk penerbangan pergi balik dan 4 malam penginapan dan cukai.
Musim Bunga Sakura tahun ni mungkin meninggalkan pengalaman untuk anda, keluarga dan rakan-rakan. Tak teringin nak bergambar dengan jutaan kelopak Cherry Blossom yang memekar? Perasaan dia memang lain, nikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
Baca : Ini Dia Tempat Popular Di Osaka Jepun
Promosi Murah AirAsiaGo Musim Sakura
MrJocko baru pulang dari Osaka minggu lepas. Trip selama 5 hari 4 malam di Osaka dan Kyoto memang best. Suhu masih lagi sejuk dan bunga Apricot dikebanyakkan tempat sudah mula kembang. Ini menandakan, selepas ini bunga Sakura atau Cherry Blossom akan kembang menggantikan ranting-ranting yang kosong kepada kelopak bunga yang mekar berwarna-warna.
Ini adalah bunga Apricot di Kyoto. Lihat bunga ini pun dah cantik, apatah lagi bila satu kawasan ini dikelilingi oleh pokok bunga Sakura Cherry Blossoms.
Kalau nak cari tempat paling best lihat bunga Sakura di Jepun anda boleh pilih samada nak ke Goryokaku Fort Park di Hokkaido, Ueno Park di Tokyo atau Arashiyama Kyoto di Osaka.
Promosi Murah AirAsiaGo Musim Sakura
Kalau di Taiwan, antara lokasi popular ialah di Formosan Aboriginal Culture Village. Lokasi taman tema berdekatan dengan Sun Moon Lake ini memang popular ketika musim Cherry Blossoms setiap tahun.
Cherry Blossoms di Taiwan
Kalau bunga Cherry Blossoms di Korea Selatan, ramai yang kata lokasi paling popular ialah di Yeouido Park. Kat sini, ada lebih 1,600 pokok Cherry Blossoms yang akan mekar berbunga sepanjang tahun. Satu lagi ialah di Gyeongbokgung Palace. Menarik sangat-sangat.
Cherry Blossoms di Korea Selatan
Kalau dah melancong ke sana, jangan risau pasal makanan. Samada di Jepun, Taiwan atau Korea Selatan, semua negara ini mempunyai pilihan menu makanan halal yang boleh anda makan. Kalau di sini, mereka mengklasifikasikan makanan Muslim kepada dua iaitu Restoran Halal Muslim dan juga Restoran Muslim Friendly.
Restoran Halal Muslim ialah restoran yang dipunyai oleh orang Islam dan Tukang Masak Muslim dan menyediakan menu halal dan mendapat pengesahan halal daripada badan Agama Islam berkaitan.
Manakala Restoran Muslim Friendly ialah restoran yang dipunyai oleh Orang Bukan Islam atau Tukang Masak bukan Muslim, tetapi mengikuti cara memasak mengikut peraturan dalam Islam serta mempunyai dapur dan alatan pinggan mangkuk yang berasingan khas untuk orang Muslim.
Kalau di Jepun, anda boleh je makan menu Kebab, seperti menu Kebab Turkish Doner di Ueno Street ini.
Di Taiwan pun banyak menu makanan halal seperti Restoran Maison De Chine Hotel ini. Ini hotel yang besar, mereka memang semakin sedar tentang produk makanan halal untuk pelancong Muslim ke Taiwan. Tempat lain di Taiwan, ada banyak gerai Kebab dan juga menu makanan Vegetarian yang boleh anda pilih.
Kalau di negara Korea, ada banyak menu makanan halal Muslim, tambah-tambah di sekitar kawasan Itaewon. MrJocko pernah makan di Restoran Usmania Itaewon, berdekatan dengan Masjid Seoul, salah satu restoran paling popular di Korea Selatan.
http://www.mrjocko.com/2014/06/restoran-usmania-di-itaewon.html
Nak makan menu yang lagi best dan sedikit luxury, apa kata korang cuba menu King Crab atau Snow Crab. Korang boleh baca di link di bawah :
http://www.mrjocko.com/2014/06/muslim-friendly-restaurant-kim-and-kim-crab-house.html
Jadi tak perlu risau sebenarnya kalau nak melancong ke Jepun, Taiwan atau Korea Selatan. Ambil peluang dengan promosi tiket murah di AirAsiaGo dan pergi lah melancong. Ini peluang terbaik untuk saksi sendiri bunga Cherry Blossoms dengan mata anda sendiri.
Untuk tempahan tiket murah musim bunga sakura di Jepun Taiwan dan Korea, anda boleh layari laman web www.AirAsiaGo.com . Promosi ini sudah bermula dari tempoh tempahan 20 Februari 2017 hingga 15 Mac 2017 dan tempoh perjalanan dari 27 Februari 2017 hingga 15 Mei 2017.
Bermakna, anda boleh pilih untuk melihat keindahan bunga sakura dari Kyoto, Osaka, Tokyo atau di Sapporo.
Jangan lupa abadikan gambar yang cantik di musim sakura Jepun, Taiwan atau Korea yer? Tempah pakej percutian anda dengan AirAsiaGo Malaysia.