Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Promosi Payung Petronas 10 Cop 1 Payung

Pada yang selalu isi minyak petrol di Stesen Minyak Petronas, anda mungkin akan tahu tentang Promosi Payung Petronas 10 Cop untuk 1 Payung. Promosi ini dah lama berlangsung sejak bulan Julai tempohari.

 

Namun, nampaknya promosi payung Petronas ini nampaknya mendatangkan ketidakpuasan ramai pelanggang Petronas kerana terasa mereka kena tipu. Ramai yang dah isi minyak, dapatkan kesemua 10 cop dan sampai sekarang masih belum dapat tuntut payung edisi terhad Petronas sempena Promosi Payung Petronas 10 Cop 1 Payung ini.

 

 

Promosi Payung Petronas 10 Cop

Promosi Payung Petronas 10 Cop
Promosi Payung Petronas 10 Cop 1 Payung

 

 

Bukan satu stesen, malah boleh dikatakan hampir semua stesen minyak Petronas tiada stok Payung Edisi Terhad Petronas ini. Ramai mengeluh sebab banyak kali ke stesen minyak untuk tebus payung Petronas ini tetapi gagal.

 

Bagaimana cara pihak Petronas uruskan promosi ni kita tak tahu, tetapi kalau dah sampai berminggu-minggu menunggu tetapi masih belum dapat, ia sesuatu yang tidak professional dan menyusahkan orang lain.

 

Memang ada tertulis sementara stok masih ada, tetapi Promosi Payung Petronas 10 Cop 1 Payung ini lambat lagi aaan berakhir, bulan September 2014, takkan selepas sebulan stok payung edisi terhad Petronas ni habis terus…

 

Pada pihak Petronas, mohon cepat selesaikan masalah Promosi Payung Petronas 10 Cop 1 Payung ini. Bagi pihak KPDNKK atau pihak berwajib, mohon pantau sikit contest atau promosi yang mengelirukan seperti ini. Kalau tidak, syarikat lain pun mungkin akan buat cara yang sama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.