Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Promosi Premium Flatbed All-In-Fare Dari RM659 Taipei Wuhan Sydney Osaka

Promosi AirAsia kembali lagi dengan tawaran Promosi Premium Flatbed All-In-Fare Dari RM659 Taipei Wuhan Sydney Osaka. Tawaran promosi flatbed AirAsia ini bermula sekarang untuk tempahan dan akan berakhir pada 12 Mac 2017. Tawaran ini untuk tarikh penerbangan dari 20 Mac 2017 hingga 6 Februari 2018.

Peluang untuk anda yang nak terbang dengan selesa bersama AirAsia ke destinasi Taipei, Wuhan, Sydney atau Osaka. Ada banyak lagi destinasi menarik tentang tawaran promosi ini. Korang cuma perlu layari laman web AirAsia.com.

Baca : Rahsia Nak Beli Tiket AirAsia Dengan Harga Murah

Promosi Premium Flatbed All-In-Fare Dari RM659

promosi premium flatbed airasia

 

Apa yang menarik tentang AirAsia Premium Flatbed ini?

AirAsia Premium Flatbed menawarkan tempat duduk kerusi yang luas dan boleh laras ke belakang. Ia boleh digerakkan untuk menjadi flatbed penuh seperti tilam. Ia juga mempunyai skrin privasi, kepala boleh laras dan kaki yang luas. Sudah pasti ada bantal dan selimut untuk keselesaan maksimum.

Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan lampu membaca dan port charger alatan letrik universal untuk kemudahan anda.

 

Promosi Premium Flatbed airasia

 

Untuk pelanggan yang terbang dengan Promosi Premium Flatbed AirAsia, anda boleh menikmati kelebihan seperti :

Peruntukan Bagasi Percuma – 40kg bagasi berdaftar untuk semua keperluan simpanan anda. 
Makanan Percuma – Pilih daripada pelbagai pilihan, snek dan minuman untuk memastikan anda berpuas hati di atas kapal.
Pilihan Tempat Duduk – Menikmati banyak ruangan untuk kaki apabila anda memilih daripada mana-mana 12 kerusi Premium Flatbed dalam baris 1-2.
Bantal dan Selimut – Merapat dengan bantal gebu dan duvet lembut untuk pengalaman nyaman.
Tukar Penerbangan – Penerbangan Unlimited perubahan sehingga 2 jam sebelum waktu berlepas asal anda, dan 4 jam sebelum masa berlepas baru anda, tertakluk kepada tambang perbezaan.
Premium Flatbed Counter – Kaunter khusus untuk kemudahan anda.
Boarding Xpress – Menaiki pesawat lebih awal dari penumpang lain.
Bagasi keutamaan – Dapatkan bagasi anda sebelum orang lain selepas pendaratan.
Xpress Track – Kaunter Imigresen khusus di Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2).
Akses AirAsia Premium Red Lounge – Jika anda sedang berlepas dari Lapangan Terbang KLIA2, anda boleh rehat dan rileks di Premium Red Lounge AirAsia sebelum meneruskan perjalanan anda.

Wow!!! Apa lagi, jom terbang dengan Premium Flatbed AirAsia untuk pengalaman terbang 5 Star dengan bayaran yang lebih murah 🙂

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini :- http://www.airasia.com/ot/en/inflight-comforts/premium-flatbed.page

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.