Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Promosi Ramadhan Deluxe Wendy’s Beef Dan Chicken Rendang

Untuk kali kedua, MrJocko, Bro Hazman Fadzil dan beberapa blogger lain di jemput oleh pihak Wendy’s Malaysia KLCC untuk merasai keenakkan menu terbaru dari Wendy’s Malaysia sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan 1434 Hijriah. Ini kali kelima MrJocko singgah di Wendy’s KLCC selepas majlis pembukaan Restoran Wendy’s KLCC ni pada bulan Disember 2012.

 

Sempena dengan bulan Puasa dan juga bagi memenuhi citarasa Malaysia, Wendy’s Malaysia memperkenalkan menu Ramadhan Deluxe pilihan ramai iaitu ‘Beef Rendang’ dan ‘Chicken Rendang’. Samada anda suka makan daging atau ayam, pasti anda akan suka rasa menu terbaru dari Wendy’s Malaysia ni.

 

MrJocko sendiri diberi peluang untuk mencuba menu Wendy’s Beef Rendang (Rendang Daging) dan juga Chicken Rendang (Rendang Ayam). Pertama kali mencuba menu Beef Rendang, terasa kelainan yang ada pada menu Beef Rendang Wendy’s ni. Rasa daging sedap, daging juga lembut tidak seperti kebanyakkan daging yang selalunya agak liat. Chicken rendang pula, menjadi pilihan MrJocko kerana MrJocko pun suka makan rendang ayam. Daging ayam kat Wendy’s ni punyai rasa yang masih segar, kerana kalau anda nak tau di Wendy’s Malaysia, mereka memang menyediakan makanan yang segar-segar sahaja untuk pelanggan.

 

Promosi Ramadhan Deluxe Wendy's

 

Promosi Ramadhan Deluxe Wendy's

 

 

Kenapa pihak Wendy’s Malaysia memilih Redang sebagai menu pilihan sempena promosi bulan Puasa tahun 2013 ini? Kalau anda nak tahu, Rendang ialah hidangan yang pernah dinobatkan sebagai “World’s 50 Most Delicious Foods” oleh undian online oleh CNN International.

 

Lagipun masakan Rendang memang sudah terkenal dan sebati dengan kedatangan bulan Ramadhan dan Hari Raya. Daging dan ayam di restoran Wendy’s Malaysia di ambil dari bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Daging Australia dan Ayam Segar pilihan Wendy’s untuk memberikan rasa asli kepada masakan Rendang Daging dan Rendang Ayam Wendy’s. 

 

Bahan-bahan yang ada dalam masakan Rendang Daging dan Rendang Ayam ini termasuklah santan kelapa, serai dan juga cili segar terpilih. Hidangan rendang ini akan dihidangkan Nasi Kukus, hirisan Mentimun, Rendang Kentang dan juga Papadoms sebagai pelengkap.

 

 

Promosi Ramadhan Deluxe Wendy's

 

Promosi Ramadhan Deluxe Wendy's  Beef Rendang
Promosi Ramadhan Deluxe Wendy’s Beef Rendang

 

Promosi Ramadhan Deluxe Wendy's  Chicken Rendang
Promosi Ramadhan Deluxe Wendy’s Chicken Rendang

 

.

 

Di samping menu utama, Beef Rendang dan Chicken Rendang, anda boleh order ‘add-on’ menu samada Onion Ring, air Teh O Ais Limau atau Frosty. Kalau dah sampai Restoran Wendy’s, MrJocko strongly suggest anda cuba Onion Ring yaang sememangnya special. Bawang Kuning di hiris segar dan digoreng dengan salutan campuran istimewa. Rasa Onion Ring Wendy’s sangat sedap dan MrJocko sanggup beri markah 10/10 jika ianya satu penilaian perandingan. Memang sedap dan rangup.

 

 

 

Promosi Ramadhan Deluxe Wendy's
Onion Ring yang sangattt sedap…

 

Jadi camana? Anda puasa hari ini, jadi apa kata kita berbuka di Wendy’s Malaysia petang ini dan mencuba menu Rendang Daging dan Rendang Ayam. Dengan harga cuma RM8.50* bagi setiap set dan cuma RM2.00* sahaja untuk setiap add-on Onion Rings, Ice Lemon Tea dan Frosty, ia merupakan tawaran terhebat untuk anda berbuka puasa sepanjang Ramadhan tahun ini :).

 

Bukan itu sahaja, kalau nak order lain pun boleh. Kalau nak tahu Burger Daging di Wendy’s merupakan BURGER YANG PALING SEDAP pernah MrJocko rasa kerana rasa yang JUICY. Jom ke Wendy’s, ‘Kepuasan Rakyat Malaysia Yang Sebenar’ (The True Malaysian Indulgence)

 

Nota : * tidak termasuk 6% Cukai Kerajaan

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.