Promosi Samsung Galaxy S7 edge Tukar Beli
|Sambutan awal terhadap smartphone terbaru Samsung Galaxy S7 edge membuktikan peranti phone ini akan menjadi satu pilihan pengguna smartphone di Malaysia. Ini kerana, dihari pelancarannya, ia berjaya terjual ketika jualan pre-order sebanyak lebih 3,000 unit dalam masa beberapa jam ia dilancarkan. Pergh!!! Ramai yang menantikan Galaxy S7 edge rupanya.
Untuk info, gadget smartphone Samsung Galaxy S7 edge ini ialah kesinambungan dari smartphone terdahulu iaitu Galaxy S6 dan S6 edge.
Oleh kerana sambutan yang menggalakkan ini, Samsung Malaysia Electronics akan menganjurkan beberapa pameran bergerak di seluruh negara untuk meraikan ketibaan Galaxy S7 edge di Malaysia!
Bermula dari tarikh 18 Mac 2016, 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Samsung Mobile Malaysia menjemput semua peminat smartphone Samsung Galaxy dan peminat gadget untuk melihat sendiri kehebatan Samsung Galaxy S7 dan S7 edge di mata dan tangan mereka. Di samping itu, mereka berpeluang untuk mendapatkan tawaran eksklusif untuk menjadi antara orang pertama yang memilikki peranti yang menakjubkan ini.
Siri jelajah Samsung Galaxy S7 dan S7 edge ini akan berlangsung di lokasi berikut:
Date | Venue |
18th – 22nd March | Kuala Lumpur: Centre Court, Suria KLCC Shopping Mall |
18th – 21st March | Johor: G Floor Main Entrance, KSL City, Johor Bahru |
18th – 20th March | Penang: Centre Atrium, Queensbay Mall, Bayan Lepas |
18th – 20th March | Sarawak: C Atrium, VivaCity Megamall, Kuching |
Tawaran Tempahan Awal ‘Early Bird’
Bersempena dengan ketibaan Samsung Galaxy S7 dan S7 edge ke dalam pasaran Malaysia, Samsung Mobile Malaysia menawarkan tawaran yang menarik bagi mereka yang datang ke pameran bergerak di seluruh negara! Jika anda adalah salah seorang yang bertuah, dari senarai 2,000 pemilik pertama Samsung Galaxy S7 atau S7 edge di mana-mana pameran bergerak di seluruh negara, anda juga akan menerima Satu (1) unit Samsung Gear VR secara PERCUMA. Ia adalah teman pelengkap yang sempurna untuk mendalam pengalaman Virtual Reality sebenar dengan gaya Samsung Mobile. Berbaloikan???
Promosi Tukar Beli Samrtphone Samsung Galaxy
Samsung juga memberi ganjaran tambahan kepada semua untuk menjadi pemilik Samsung Galaxy S7 dan S7 edge dengan promosi kempen beian tukar beli mana-mana smartphone Samsung secara eksklusif, mengikut terma dan syarat.
Anda boleh menukar beli telefon lama anda dengan belian Galaxy S7 atau S7 edge ketika roadshow ini. Pengguna hanya perlu membawa telefon pintar mereka kepada empat lokasi roadshow atau mana-mana outlet Samsung (pilihan) yang terdekat untuk penilaian dan menerima diskaun pembelian di Samsung Galaxy S7 dan S7 edge yang baru. Ia masih tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Apa tunggu lagi, bersedia untuk dapatkan Samsung Galaxy S7 atau S7 edge di pameran bergerak ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.samsung.com/my.
masa pratempah pun dah ramai yang nak smartphone ni.pergh. memang hebat penangan samsung. satu yg patut dipuji adalah marketing mereka.
kalau ada rezeki, MrJocko pun nak sebiji Galaxy S7 edge 🙂