Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mengejutkan Bila Dengar Harga Promosi Tiket AirAsia Cuma RM1 Sahaja

Mengejutkan Bila Dengar Harga Promosi Tiket AirAsia Cuma RM1 Sahaja. Ramai yang mungkin tidak tahu sejarah promosi harga tiket penerbangan syarikat tambang murah Malaysia ini. Harga tiket murah AirAsia ini memang dijual pada harga cuma RM1 sahaja untuk destinasi penerbangan pilihan dengan menggunakan pesawat AirAsia AirBus A320 pada tahun 2002.

Selama MrJocko mengikut harga promosi tiket tambang murah AirAsia, paling murah harga yang ditawarkan cuma MYR9 untuk destinasi dalam Malaysia. Itu pun sudah rasa murah dan berbaloi untuk beli. Inikan pula kalau harga MYR1.

Promosi Tiket AirAsia Cuma RM1 Sahaja

Promosi Tiket AirAsia Cuma RM1 Sahaja 03

 

Sejarah AirAsia

“AirAsia was established in 1993 and began operations on 18 November 1996. It was founded by a government-owned conglomerate, DRB-Hicom. On 2 December 2001, the heavily indebted airline was bought by former Time Warner executive Tony Fernandes company Tune Air Sdn Bhd for the token sum of one ringgit (about US$0.26 at the time) with US$11 million (MYR 40 million) worth of debts. Fernandes turned the company around, producing a profit in 2002 and launching new routes from its hub in Kuala Lumpur, undercutting former monopoly operator Malaysia Airlines with promotional fares as low as MYR1 (USD$0.27). In 2003, AirAsia opened a second hub at Senai International Airport in Johor Bahru near Singaporeand launched its first international flight to Bangkok.”

Sumber : Wikipedia

 

Promosi Tiket AirAsia Cuma RM1 Sahaja

Promosi Tiket AirAsia Cuma RM1 Sahaja

 

Kalau dilihat, setiap tahun ada sahaja promosi tiket murah AirAsia yang ditawarkan dari promosi Free Seat, 50% diskaun dan promosi Ulangtahun AirAsia. Untuk dapatkan tiket AirAsia yang betul-betul murah bukan senang, kena ada cara dan trick untuk membelinya. Nak tahu, boleh baca Tips Beli Tiket Murah MrJocko.

Mungkin ada yang tak percaya dulu MrJocko berjaya dapatkan harga tiket hanya RM10 ke Langkawi, Kota Bharu dan hanyat MYR79 ke destinasi di Sabah. Kalau tak percaya boleh baca entry ini.

Bukti Senang Dapat Tiket Murah AirAsia http://www.mrjocko.com/2013/09/bukti-senang-beli-tiket-murah-airasia.html

 

Kesimpulannya, kalau diikutkan logik, memang ramai tak akan percaya bahawa AirAsia pernah jual tiket kapal terbangnya dengan harga MYR1 sahaja. Bagaimana nak untung kalau tiket hanya MYR1? Memang harga tak masuk akal. Tetapi, itulah antara cara berkesan untuk promosi jenama AirAsia yang kini menjadi antara ikon Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia selama 9 tahun berturut-turut.

Kini, satu Malaysia kenal nama AirAsia dan memang betul kata mereka ‘Everyone Can Fly With AirAsia’

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.