Promosi Voucher Murah Grand Lexis Port Dickson Berbaloi
|Kalau bukan kerana Promosi Voucher Murah Grand Lexis Port Dickson Berbaloi, pasti kami sendiri sekeluarga tidak berkesempatan nak merasai pengalaman menginap di resort 5 bintang di Negeri Sembilan ini. Sebelum ini harga satu unit berharga sekitar RM499 hingga ke ribuan ringgit, kini ia ditawarkan dengan pakej yang sangat murah.
Apa yang best sangat di Hotel Grand Lexis Port Dickson? Semestinya pilihan untuk percutian keluarga dengan private pool (kolam Mandi Persendirian) di dalam setiap bilik. Tidak kurang juga dengan kemudahan hotel yang disediakan bertaraf 5 Bintang, termasuk pemandangan resort yang cantik dan memukau.
Baca : Harga Murah Pakej di Grand Lexis Port Dickson
Promosi Voucher Murah Grand Lexis Port Dickson Berbaloi
Waktu kami sampai untuk check-in, memang waktu sibuk. Tetapi, walaupun masih dalam SOP Covid-19, pihak hotel mampu melayan pendaftaran masuk dengan selesa dan mudah. Tetamu hotel ramai, tetapi tidak perlu banyak bersesak-sesak sebab ia diuruskan dengan baik. Urusan ke bilik hotel juga sangat mudah dengan kemudahan Penghantaran Percuma menggunakan Buggy Ride.
Sampai sahaja di bilik, Garden Pool Villa, keterujaan kami memang memuncak. Bilik ini mempunyai keluasan yang melebar dengan kemudahan TV, WiFi, dapur, bilik air yang luas dan semestinya kolam mandi persendirian yang cantik menghadap pantai. Sangat Cantik.
Puas hati. Dengan harga murah, promosi voucher Grand Lexis Port Dickson, kami hanya membayar separuh dari harga asal dan boleh menginap di sini sehingga maksima 6 orang dewasa dengan selesa. Harga tawaran yang sangat berbaloi dengan resort Grand Lexis.
Tidak perlu risau akan orang ramai berebut di kolam mandi, setiap bilik ada kolam mandi sendiri siap dengan automatik pancuran dan kitaran air yang bersih supaya tetamu hotel selesa dan alami percutian terbaik di Grand Lexis.
Tips untuk menginap di Grand Lexis PD, sediakan terus makanan yang cukup untuk percutian anda jika menginap di sini kerana kalau boleh, kita akan berendam di dalam kolam mandi 24 jam, bermula waktu masuk hingga waktu daftar keluar.
Tidak dibenarkan memasak di dalam bilik, tetapi makanan dan minuman luar dibenarkan. Apa lagi, berkelah lah kita di dalama bilik dan di tepi kolam mandi 24 jam.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang harga bilik di Hotel Grand Lexis PD atau Hotel Lexis PD, boleh layari laman web rasmi mereka.