Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Promosi Zero Fare Tambang AirAsia 18 Februari 2013

Baru minggu lepas, ada promosi Zero Fare Tambang AirAsia untuk destinasi dalam negeri bagi semua penerbangan AirAsia. Secara mudah, boleh kata penerbangan domestik di dalam Malaysia. Wah!!! masa untuk cuti-cuti Malaysia.

MrJocko dapat beli tiket murah AirAsia. Dapat juga satu destinasi ke Kuching dengan hanya perlu membayar RM55 untuk tambang pergi balik dari lapangan terbang LCCT. Murahkan?

Zero Fare Tambang AirAsia

PROMOSI ZERO FARE TAMBANG AIRASIA 18 FEBRUARI 2013

 

Malam ini, tarikh 18 Februari 2013 tepat jam 00.00.01, AirAsia akan menawarkan promosi Zero Fare (tambang RM0.00) kepada semua pelanggan AirAsia. Tempahan boleh dibuat bermula tarikh 18 Februari sehingga 24 Februari 2013 untuk penerbangan pada tarikh 1 March sehingga 31 Julai 2013.

Antara destinasi yang terlibat termasuklah destinasi percutian ke Bali, Singapura, Krabi, Hat Yai, Johor Bahru, Kota Bharu dan banyak lagi. Nampaknya, lebih banyak harga tiket murah untuk melancong ke destinasi AirAsia.

Baca : Tips Beli Tiket Murah AirAsia

Bersedia untuk tawaran tambang murah Zero Fare dari AirAsia 😉

Siapa AirAsia?

AirAsia Berhad adalah syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia adalah syarikat penerbangan terbesar di Malaysia dengan saiz dan destinasi armada. Kumpulan AirAsia mengendalikan penerbangan domestik dan antarabangsa yang dijadualkan ke lebih daripada 165 destinasi yang merangkumi 25 negara.

Oh ya, sampai sekarang ramai lagi yang tertanya-tanya kenapa harga tiket AirAsia murah?
 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.