Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menjelang PRU 13 Siapa Pilihan Anda?

Tinggal 2 hari lagi, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Keluar memilih Parti atau Wakil mana yang akan memerintah dan meneraju Malaysia. Samada anda sokong sebelah mana, ia akan ditentukan pada Kertas Undi SPR tanggal 5 Mei 2013.
MrJocko sendiri sudah banyak kali dapat gift, pamplet, sticker, bendera dan macam-macam lagi dari dua Parti kuat di Malaysia iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Masing-masing menagih undi disaat akhir bagi memastikan Parti mereka menang.
Anda sebagai pemilih, berhak menentukan siapa yang akan meneraju Malaysia. Setiap pemilih atau pengundi di Malaysia semestinya mempunyai rasional masing-masing apabila membuat keputusan MENGUNDI. Pilih mana yang kita mahu, tetapi dalam masa yang sama, cuba HORMAT keputusan orang lain. Jika anda rasa anda betul, semestinya orang lain juga merasakan mereka juga betul.
Apa saja Keputusan PRU13 nanti akan menentukan halatuju hidup Malaysia dalam masa 5 tahun akan datang. Kita satu negara, satu Malaysia, tiada beza dari segi Kaum dan Bangsa. Yang berbeza hanya Agama. Walaupun begitu, MrJocko yakin semua agama menyuruh pengikutnya berbuat baik dan menjadi rakyat yang berguna.
Mana satu anda pilih? INI KALI LAH!!! Atau LAIN KALILAH!!!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.