Site icon Travel Blogger Malaysia

Senarai Tarikh Public Holiday Malaysia Tahun 2015 Kalendar

Public-Holiday-Malaysia-2015

Public Holiday Malaysia 2015

Senarai Tarikh Public Holiday Malaysia Tahun 2015 Kalendar sudah menjadi carian utama ramai rakyat Malaysia sebab ramai yang sudah pandai merancang untuk aktiviti mereka sepanjang tahun 2015 nanti. Tarikh cuti umum untuk tahun 2015 nampaknya banyak yang bersambung dengan hujung minggu dan memberi peluang kepada ramai pekerja sektor kerajaan atau swasta khususnya bercuti lebih panjang.

Public Holiday Malaysia 2015 bermula pada 1 Januari 2015 sebagai cuti umum Tahun Baru 2015 yang jatuh pada hari Khamis. Bagi mereka yang bercadang nak cuti panjang, anda boleh mengambil cuti pada hari Jumaat dan anda akan dapat cuti 4 hari berturut-turut. Jika anda berjaya mengambil cuti panjang selama 4 hari di awal tahun ini, ia sudah pasti satu permulaan yang baik untuk anda kan?

Baca : Mengapa Ramai Orang Bercuti Ke Pulau Pinang

 


Senarai Tarikh Public Holiday Malaysia Tahun 2015 Kalendar

Tarikh Cuti Umum Malaysia Tahun 2015

Jangan dilupa, Maulud Nabi Muhammad S.A.W jatuh pada hari Sabtu, 3 Januari 2015. Bagi negeri yang mempunyai cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu, kemungkinan anda akan mendapat 1 hari cuti tambahan pada hari Ahad selepasnya. Jika ya, anda sudah berjaya mendapat cuti panjang tanpa perlu mengambil cuti.

Awal Februari 2015, bermula dengan 1 Februari 2015, ia merupakan cuti umum Hari Wilayah. Seterusnya pada 2 dan 3 Februari 2015, diteruskan dengan cuti umum Thaipusam. Nampaknya beruntung mereka yang berkerja di Kuala Lumpur kerana akan mendapat cuti umum yang panjang pada awal Februari.

Tahun Baru Cina juga jatuh pada bulan Februari 2015. Nampaknya, cuti umum Hari Raya Cina akan jatuh pada hari Khamis dan Jumaat, 19 dan 20 Februari 2015, sekaligus ramai yang akan cuti panjang selama 4 hari sekurang-kurangnya. 

Pada bulan Mei 2015, dimulakan dengan cuti Hari Buruh pada 1 Mei 2015 dan juga Hari Wesak pada  13 Mei 2015. Cuti Hari Buruh dan Hari Wesak tahun 2015 anda boleh dapat 3 hari cuti termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Tarikh 6 Jun 2015, kita akan sambut Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong. Manakala pada 4 Julai 2015, kita akan menyambut cuti umum Nuzul Quran dan juga pada 18 dan 19 Julai 2015 sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

31 Ogos 2015, kita akan meraikan Bulan Kemerdekaan dan sudah pasti ia hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Masuk bulan September, kita akan teruskan menyambut Kemerdekaan dengan Hari Malaysia pada 16 September 2015. Hari Raya Haji tahun depan jatuh pada 24 September 2015.

Memasuki bulan Oktober, kita di Malaysia akan sambut Awal Muharram pada 15 Oktober 2015. Ini diikuti pada 11 November 2015 dengan cuti hari Deepavali, sambutan Pesta Cahaya masyarakat India. 

Penutup Cuti Umum Malaysia tahun 2015 ialah dengan sambutan Maulidur Rasul pada 24 Disember 2015 dan kemudian cuti umum Hari Krismas pada 25 Disember 2015.

Yang unik tahun ini, kita akan menyambut Hari Maulidur Rasul (Maulud Nabi) dua kali iaitu pada 3 Januari 2015 dan juga pada 24 Disember 2015 mengikut Kalendar Islam Hijriah.

Bagi Public Holiday untuk anak-anak sekolah, mereka akan memulakan Cuti Penggal Persekolahan Pertama pada 14 Mac – 22 Mac 2015. Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun pada 30 Mei – 14 Jun 2015, Cuti Pertengahan Penggal pada 19 September – 27 September 2015 dan Cuti Penggal Persekolahan Akhir ialah pada 21 November 2015 hingga 3 Januari 2016.

Jadi, bagi anda yang sedang merancang aktiviti dan plan percutian seperti MrJocko, anda boleh melihat senarai tarikh Public Holiday Malaysia 2015 (Cuti Umum Malaysia 2015) untuk memudahkan anda merancang dan membeli tiket yang berkaitan. 

Selamat Bercuti untuk tahun 2015

Exit mobile version