Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Public Relation Company Pun Tak Tahu Guna Media Social

Sebenarnya dah lama MrJocko nak kongsi pengalaman sendiri berkenaan dengan kebanyakkan Public Relation Company (PR Company) yang ada di Malaysia. Ada antara mereka begitu berjaya, berpengalaman, namun ada juga yang sebenarnya hanya gah pada nama.

Kenapa jadi begitu? Mungkin ada staff atau wakil mereka tidak cukup membuat research atau mereka dapat job berdasarkan kabel kroni. Kenapa pula MrJocko kata begitu? Takkan la PR Company tidak tahu buat kerja mereka?

MrJocko dulu memang bekerja di Central Bank selama 12 tahun. Dalam masa yang sama sejak tahun 2005, MrJocko aktif sertai adhoc job yang diberikan oleh Jabatan Korporat dan mengendalikan event-event yang besar semasa di Central Bank sebagai Liason Officer. Kesempatan ini MrJocko berpeluang jumpa dengan ramai staff dari PR company yang berbeza dan berbeza pengalaman.

 

 

Dalam ramai staff atau wakil-wakil PR Company yang MrJocko pernah berurusan, ada beberapa perkara yang MrJocko ingin berkongsi dengan anda.

 

1. PR Company yang bukan hanya Pak Turut.

Satu syarikat membelanjakan sebahagian dari dana untuk tujuan promosi atau pengendalian projek, maka pihak PR company sepatutnya lebih aktif ke hadapan memberikan idea, buat research dan bukan sekadar keluar dari mulut "What actually do you want, we build it". Ikut 100% pun tak boleh juga, kena la bagi cadangan kepada klien.

2. PR Company bagi Staff Pelatih atau Staff yang baru kerja sebulan.

Paling rasa nak marah dan terhina bila bila kita bagi job dekat PR Company, yang datang untuk buat kerja dengan kita 3 orang STAFF JUNIOR yang baru kerja 2-3 bulan. Rasa macam nak halau sahaja. PR Company kena ingat, anda bukan kerja untuk siapkan projek, tetapi memastikan projek promosi tersebut menjadi Wow!!!

 

 

3. PR Company Tak Tahu Fungsi Media Social.

Kalau anda berada dalam bidang PR, kena faham apa itu Media Social, seperti contoh Blogger. Blogger bukan seperti wartawan yang membuat liputan berita dan terbitkan dalam bentuk jurnal. Blogger lebih kepada LIVE UPDATE dengan pelbagai cara seperti Twitter, Facebook atau Instagram. Jadi, kalau anda menganjurkan sesuatu EVENT, PLEASE,,, PLEASE,,, PLEASE,,, ask your client to get some Twitter Account, Facebook Account, Instagram Accout or paling teruk pun, prepare la Hashtag (#) untuk memudahkan kami promosi produk atau service anda.

Kesimpulannya, tak guna kalau syarikat atau PR Company guna blogger atau media social untuk mempromosikan produk atau servis mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tak tahu apa sebenarnya fungsi media social. Yes, mungkin anda fikir wartawan dari TV, Suratkhabar atau Majalah lebih bernilai, tetapi anda lupa, masuk TV tak sampai 15 saat, masuk suratkhabar, satu hari je, masuk majalah, sebulan ajer, tetapi kalau review di blogger, ia kekal selamanya…

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.