Site icon Travel Blogger Malaysia

Bila Pulau Langkawi Akan Kembali DiBuka Untuk Pelancongan?

Bila Langkawi Akan Kembali DiBuka Untuk Pelancongan? Sudah lebih setahun Pulau Mahsuri ini ditutup akibat pandemik Coronavirus Covid-19. Seluruh aktiviti pelancongan di pulau ini lumpuh hampir 99 peratus dan penggiat industri pelancongan paling teruk terkesan. Hingga hari ini, masih belum ada sinar yang jelas tentang aktiviti pelancongan di Pulau Lagenda ini.

Memang ada desas desus tentang usaha pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat berusaha keras untuk kembalikan nadi pulau ini kembali aktif. Melihat kepada pembukaan Phuket di Thailand dan Pulau Bali di Indonesia, ada kemungkinan Pulau Langkawi ini akan menurut jejak langkah destinasi lain untuk kembali dibuka dalam masa terdekat.

pulau langkawi akan dibuka

Baca : Pulau Langkawi Pulau Yang Ada Simpang Sejarah Tersendiri

 


Bila Pulau Langkawi Akan Kembali DiBuka Untuk Pelancongan?

Pulau_Langkawi_Kedah_Pusat_Pelancongan copy
 

Kerajaan negeri Kedah dan pihak pelancongan sememangnya berhasrat untuk membuka kembali sektor pelancongan domestik di Kedah khususnya di Pulau Langkawi menjelang November 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata, pembukaan semula industri itu akan dapat mengimbangi kerugian sekali gus meningkatkan semula pendapatan mereka yang terjejas.

Pelan ini selaras dengan pengumuman Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri, baru-baru ini agar lebih banyak pihak yang terbabit dalam industri pelancongan (subsektor) dapat divaksinasi secara besar-besaran.

Baca : Jam GShock GD-350 Kini Di Klasifikasi Sebagai Jam Dead Stock

Pulau Langkawi Akan Kembali DiBuka

Untuk tujuan pembukaan semula Pulau Langkawi bagi tujuan pelancongan negara, sebanyak 80 peratus penduduk Langkawi perlu terlebih dahulu mendapat suntikan vaksin Covid-19. Ia bertujuan untuk membolehkan gelembung perjalanan dilaksanakan di pulau lagenda Mahsuri tersebut. Itupun jika kebenaran rentas negeri dibenarkan untuk pelancong tempatan dan sempadan negara kembali dibuka untuk pelancong antarabangsa.

Kerajaan negeri Kedah telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi memastikan kira-kira 61,000 penduduk Langkawi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

“Selepas proses vaksinasi di Pulau Langkawi selesai, barulah rakyat yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin boleh memulakan percutian ke Langkawi, Insya-Allah bermula September ini,” kata Menteri Besar Kedah.

Sumber : Perlu Vaksin Lebih 80 Peratus

Kami sendiri sudah lama tidak ke Pulau Langkawi. Kali terakhir ke sana tahun 2012. menghampiri 10 tahun, pasti banyak yang berubah berbanding 10 tahun yang lepas.

Nampaknya, jika Pulau Langkawi kembali dibuka selepas Covid-19, pasti kami akan ke sana. Kali ini, mungkin kami akan naik bot dari Jeti Kuala Perlis menuju ke Jeti Kuah, teroka pengalaman baru melancong di dalam negara.

Exit mobile version