Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pulau Perhentian – Colourful Journey Story Part2

16 Jun 2007 – Sabtu
Lepas lunch, perut kenyang la pulak. Rasa malas sgt nak gi games ptg kang. Tp pasal aku dah janji ngan bebudak nak g Candat Sotong, terpaksa aku n Nizam g Perkampungan Nelayan. Pakai Teksi Bot. Hehehe pelik lak bunyi nyer. Tambang nyer Rm5 jer sorang satu hala. Padahal dekat jer. Kalau la aku cam dulu, aku brenang jer sebelah sana ke Pulau Kecil ( Perkampungan Nelayan).
Kat Kampung nelayan ni, kira agak terhad kmudahan asas. Tp, sekolah mmg ada. Ada Balai Raya, Balai Polis, dan jugak Jeti serta Kedai2 runcit. Pusing punya pusing, last last aku n Nizam decided tak jadi Candat, since that Nelayan kater, malam ni mungkin hujan. So bila hujan, takut ombak bgelora, n kami smua muntah laut. Ermm… betul gak tu…
Aku return back pegi Perhentian Island Resort kat Pulau Perhentian Besar. Ngam2 sampai diorang dah ready nak join d Games.
Kalau sebut pasal games, memang slalu nasib baik. Hak hak, 1st Games kami menang. Second games pun kami menang. Muah hahaha.
After 5.00pm dah jadi time FREE AT WILL. Aperlagi, trus sewa snorkling set + duck fin, pastu aku splash dlm air. Uishhh,,, lama betul tak mandi laut.
7.00pm Lepas Mahgrib, kami ready for Dinner. Since dah takder aktiviti lain, aku tanya Apau “Karaoke xde ke?”. Skali baru aku tau ada, tp RM70 per hour. Erk!!! mahal tuh. Trus tak jadik. Sib baik Ahkak Intan (Manager PIR yg cute) dgn gumbiranya bgtau kitaorang. “Tak pa, kang ahkak suh diorang open bilik karaoke lepas makan sampai kul 11.00mlm”. Dlm hati aku, hoyeeeeee… So, lps makan, aper lagi, bermula dgn Isma, pastu Erwan, Fay, yg lain mula pilih lagu memasing. Sorang2 menyumbangkan suara. Dr Rock, Pop, Balada, Dangdut, siap ngan lagu klasik. Smua ada… Event ended at 12.00tgh mlm. Tp aku balik bilik awal sket. Kemas brg, pastu pekena kopi dlm bilik. Skang jadik masalah, coz katil+tilam asal ader 2 dan 1 tilam extra. Nak kasi adil, kitaorang undi, saper kalah tido atas tilam extra. Last last, Nizam yg kena buli, tido atas tilam extra. Ksian Nizam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.