• Wed. Oct 4th, 2023

Pusat Beli Belah Barangan Sukan Decathlon Petaling Jaya

Pusat-Beli-Belah-Barangan-Sukan-Decathlon-Petaling Jaya-01 copy

Sejak pertama kali singgah di Decathlon Bandar Sri Damansara, kami sekeluarga teruja untuk singgah lagi di kedai yang menjual peralatan sukan terbesar di Malaysia ini. Bukan hanya produk yang dijual adalah pelbagai, tetapi menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti antarabangasa. Kali ini, kami singgah untuk cari barang sukan di Pusat Beli Belah Barangan Sukan Decathlon Petaling Jaya.

Terletak di kawasan Petaling Jaya baru, lokasinya hanya bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur. Namun, untuk masuk ke sini, ia agak pelik dan agak susah. Pastikan jika anda sampai di kawasan ini, cari laluan masuk ke Hotel Armada Petaling Jaya. Decathlon Petaling Jaya terletak di G Floor dan 1st Floor di belakang Hotel Armada.

Baca : Decathlon Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur

 


Pusat Beli Belah Barangan Sukan Decathlon Petaling Jaya

Pusat-Beli-Belah-Barangan-Sukan-Decathlon-Petaling Jaya-01 copy

Pusat-Beli-Belah-Barangan-Sukan-Decathlon-Petaling Jaya-02
 

Ruang parkir agak luas di kawasan ini, jadi anda tak perlu risau. Memandangkan kami singgah di waktu pagi, masih tak ramai di sini dan agak selesa untuk memilih peralatan sukan yang kita nak beli.

Bahagian G Floor disediakan banyak produk untuk peralatan perkhemahan, kasut, alatan sukan renang dan pakaian untuk aktiviti lasak. Manakala dibahagian atas ada banyak peralatan sukan untuk bolasepak, badminton, sukan tempur dan juga pilihan banyak basikal termasuk basikal roadbike, mountain bike dan juga basikal lipat.
 

Pusat-Beli-Belah-Barangan-Sukan-Decathlon-Petaling Jaya-03

Pusat-Beli-Belah-Barangan-Sukan-Decathlon-Petaling Jaya-04

Basikal Roadbike dan Mountain Bike Murah di Decathlon

Pusat-Beli-Belah-Barangan-Sukan-Decathlon-Petaling Jaya-04
 

Untuk sekarang, memang kami mencari peralatan berbasikal kalau singgah di Decathlon. Memandangkan kat sini ada banyak aksesori dan spare parts untuk sukan basikal dengan menjual produk jenama antarabangsa dengan harga yang berbaloi. Lagipun, ada banyak pilihan.

Bukan sahaja spare parts, tetapi basikal juga dijual dengan harga yang berpatutan. Lihat sahaja basikal Mountain Bike ini, hanya dengan harga RM999 sahaja, ia dilengkapi dengan Speed 2 x 8 dan ada pelbagai saiz dari Saiz XS hingga saiz L.

Barang sukan lain juga berbaloi untuk anda pilih. Paling berbaloi rasanya kat sini adalah pilihan Khemah yang tahan lasak dari harga serendah RM290, kasut santai cuma RM15, selipar dengan harga RM9 dan banyak lagi alatan sukan lain yang pasti akan buatkan anda teruja.

Oh ya, bagi yang berada jauh dari outlet Decathlon Malaysia, boleh beli produk sukan ini secara online. Senang dan mudah, tidak sampai seminggu InsyaLlah produk anda akan sampai ke pintu rumah. Layari www.Decathlon.com.my.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.