Pusat Hidupan Liar Semenggoh Sarawak
|
MrJocko nak sambung cerita tahun 2009. Amboi, lamanya. Nak kena sambung sebab masa tu entry cerita tak habis. Cerita hari terakhir semasa bercuti di Sarawak dengan famili. Hari terakhir kami ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, tempat pembiakan dan penjagaan Orang Utan di Kuching, Sarawak.
Perjalanan dari bandar Kuching menuju ke Semenggoh ini memakan masa hampir 45 minit juga. Lokasinya agak jauh dari bandar Kuching. Jadi anda kena naiki kereta untuk perjalanan yang lebih selesa dan mudah. Boleh sewa kereta atau guna pakej ‘Ground Arrangement’ dari Travel Agent di Kuching.
Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini memang banyak haiwan liar lain yang dijaga dan di rawat, tetapi yang paling terkenal ialah Orang Utan. Anda boleh melihat aktiviti Orang Utan di sini dan berpeluang untuk memberi makan jika anda bernasib baik.
Anak MrJocko memang suka tengok gelagat Orang Utan kat sini. Sesuatu yang mungkin mereka nampak luar biasa kerana ‘monyet’ yang besar dan menyerupai bentuk seperti Manusia.
Sudah pasti kalau ke Kuching, tidak lengkap kalau anda tak singgah di Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Ini kerana ada banyak lagi haiwan lain kat sini untuk anda lihat. Masa MrJocko ke sana, tak sempat nak tengok semua sebab nak cepat. Sudah pasti lain kali, kami akan singgah lagi di Semenggoh Wildlife Park ini.
Penting
Pusat ini ditutup awal. Semua pengunjung diwajibkan keluar dari pusat ini selewat-lewatnya pada pukul 4:45 ptg.
Pusat ini ditutup pada hujung minggu.
Pusat ini ditutup pada hujung minggu.
Jika anda datang dengan bas awam, anda perlu berjalan kira-kira 25 minit dari pintu luar sebelum sampai ke tempat makan orang Utan.
Orang utan sangat sensitif dan mungkin mengamuk jika berang.
Patuhi arahan pegawai bertugas pada setiap masa.
Harga Tiket
Dewasa : RM 3
Dewasa : RM 3
Waktu Operasi
Hujung Minggu & Cuti Awam : Tutup
Hujung Minggu & Cuti Awam : Tutup
Isnin – Jumaat : 8:00 pg ke 4:45 ptg
Waktu Makan Orang Utan
10:00 pg & 3:00 ptg
10:00 pg & 3:00 ptg